Followers

Saturday, May 15, 2010

Kata Mahathir - "MEB barang tak berguna?"


Model ekonomi yang tidak sempurna tidak akan mendatangkan faedah, demikian antara lain pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Model Ekonomi Baru (MEB).

Beliau juga mempersoalkan adakah MEB telah benar-benar diteliti sebelum diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Baca seterusnya dalam berita Free Malaysia Today semalam bertajuk "Dr M gives Najib's NEM thumbs down" (komen-komen di sini)

Dalam gayanya tersendiri, Bernama melaporkan:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang-orang Melayu perlu mengkaji terlebih dahulu dan berani menyuarakan pendapat mereka sekiranya tidak berpuas hati dengan Model Baru Ekonomi (MBE).

Beliau khuatir jika terdapat asas-asas dalam MBE yang tidak betul dan seterusnya akan menjadikan dasar-dasarnya tidak begitu tepat.
Ambil kata-kata "tidak begitu tepat". Kalau menembak, jika tak tepat tak akan kena pada sasaran. Dibayar gaji tinggi-tinggi supaya menembak, bila tembak tak kena pun pada sasaran, itu penembak memang betul-betul tak guna punya orang!

sumber : penarikbeca

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.