Followers

Sunday, May 2, 2010

Eksklusif: Isu Lompar Parti, Benarkah Ia Telah Hilangkan Sokongan Dan Kepercayaan Rakyat Terhadap Parti Pembangkang Di Negara Ini !!

Politk keluar masuk nampaknya semakin menjadi-jadi sekarang ini, tambahan pula bila menjelang sesuatu pilihanraya. Inilah yang berlaku bila setiap kali pilihanraya kecil diadakan di negara kita. Rakyat semakin panik dan "bengong" melihat senario ini.

Apa tidaknya, pemimpin yang dipilih dan diberi kepercayaan untuk membawa agenda perubahan untuk mereka tiba-tiba berpaling tadah dan menongkah arus. Persoalannya, apakah isu "lompat parti" ini boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti lawan terutamanya Pakatan Rakyat.

Jika soalan ini diajukan kepada penganalisis politik yang mencari makan dengan kerajaan UMNO BN, maka sudah pasti mereka akan mengampu dan mengatakan keluarnya pemimpin tertentu akan menyebabkan parti pembangkang ditolak rakyat. Namun, hakikatnya sokongan rakyat terhadap pembangkang di negara ini semakin melonjak selepas berlaku episod pemutihan "lompat parti" mutakhir ini. Di mana-mana sahaja diadakan ceramah umum Pakatan Rakyat, maka sudah pasti berbondong-bondong manusia dari segelenap pelusuk negara akan hadir membersi sokongan.

Malah mereka kelihatan bersemangan dan mengharapkan perubahan. Memang benar, ada sesetengah pemimpin UMNO BN melihat keluarnya beberapa pemimpin besar dalam Pakatan Rakyat tertutamanta Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan parti itu hilang sokongang. Namun masalahnya yang hilang hanyalah pemimpin terbabit tetapi bukannya sokongan rakyat. Pemimpin seperti Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibung Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan ramai lagi yang berbuat demikian ketika Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini iaitu Ketua AMK Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad dan Setiausahanya, Muhammad Ezri Zainal Abidin. Malah ramai lagi yang dijangka berbuat demikian dalam masa terdekat ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.