Ini satu perkabaran yang amat mengejutkan kami terima. ia berkaitan perihal wanita yang bernama "Kartika Sari Dewi Sukarno" (foto). Beliau yang pernah menggemparkan negara dengan isu "hukuman sebat akibat minum arak" kini dikatakan menerima imbuhan bernilai RM13,000 gara-gara kesanggupannya membuat kerja amal khidmat masyarakat. Beliau yang baru sahaja menjalani hukuman terbabit di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, selama tiga minggu dikatakan mendapat imbuhan itu daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Menurut sumber, pihak terbabit dikatakan terpaksa membuat bayaran berkenaan kononnya Kartika bukan sahaja dianggap menjalani hukuman tetapi beliau juga bekerja secara sambilan disitu. Andainya maklumat ini benar, maka ini adalah satu lagi berita yang amat mengejutkan sebenarnya.
Tambahan pula, Kartika sepatutnya tidak dibayar walau sesen pun atas apa yang telah berlaku terhadap dirinya. Beliau mengaku melakukan "maksiat minum arak" dan telah dijatuhkan hukuman "sebatan" dan menjalani hukuman kerja amal seperti yang diperkenankan oleh Sultan Pahang. Kini, tiba-tiba beliau mendapat pula bayaran atas kerja amal yang dilakukan. Bukankah ini satu penghinaan terhadap undang-undang Islam di negeri dan negara ini sebenarnya. Kami sendiri masih kurang pasti, atas alasan apakah Kartika dibayar imbuhan sebanyak itu, sedangkan beliau jelas telah melakukan satu perbuatan "terkutuk" akibat meminum arak.
[Soalnya sekarang, apakah wajar umat Islam seronok melihat apa yang berlaku kepada Kartika ini. Beliau melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama dan dijatuhkan hukuman, tiba-tiba dibayar pula imbuhan oleh pihak terbabit.
Bukankah istimewa benar Kartika disisi agama Islam. Jika inilah yang berlaku kepada Kartika, maka sudah pasti lebih ramai lagi umat Islam akan "minum arak" di Pahang selepas ini. Malah mereka juga kemungkinan besar mahukan layanan yang sama seperti Kartika. Bukankah ini akan menggalakkan maksiat terus disuburkan di negeri Pahang yang sudah memiliki banyak tempat maksiat seperti Genting Highlands, Cherating dan sebagainya. Kami sendiri tidak faham dan musykil kenapa pihak terbabit perlu membayar Kartika?.
Beliau sepatutnya bersyukur dengan hukuman yang telah dipinda dan tidak wajar menerima habuan tersebut. Inilah tanda-tanda akhir zaman yang melanda umat Islam di negara ini. Orang yang melakukan maksiat diagung-agungkan dan ditatang bagai minyak yang penuh. Maka itulah, marilah kita sama-sama mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku ini. Jadikanlah ia sebagai sempadan dan pedoman untuk kita meneruskan perjuangan Islam]. - Pahang Daily Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.