Followers

Monday, May 17, 2010

DAP sebelum ini membuat bantahan terhadap jumlah pengundi pos.


Kecoh di Sibu: SPR Masih Enggan Umum Keputusan

Keadaan di pusat pengiraan undi pilihanraya kecil p212 sibu di Dewan Sivik Sibu kecoh apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih belum mahu membuat pengumuman walaupun jumlah semua peti undi sudah siap dikira.


Setakat ini tiada alasan diberikan oleh Suruhanjaya berkenaan meskipun pemimpin Pakatan Rakyat mendesak supaya badan itu segera berbuat demikian.

Beberapa pemimpin DAP, termasuk Penasihat parti itu, Lim Kit Siang pergi ke pejabat SPR di Wisma Sanyan untuk mendapatkan penjelasan.

Sementara itu pemimpin DAP lain seperti Ronnie Liu berhadapan dengan pegawai-pegawai pilihanraya di Dewan Sivik menuntut pengumuman keputusan dibuat segera.

Bagaimanapun SPR dikatakan meminta polis mengarahkan semua pemimpin Pakatan Rakyat yang berada dalam Dewan Sivik beredar keluar.

Maklumat yang diperolehi dari dalam dewan membayangkan calon DAP, Wong Ho Leng, mendahului dengan majoriti lebih 2,600 undi.

Bagaimanapun difahamkan terdapat perbalahan berhubung undi pos. Keputusan pilihanraya kecil ini agak lewat dari jadual diumumkan kerana difahamkan DAP sebelum ini membuat bantahan terhadap jumlah pengundi pos.

Seramai 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis telah membuang undi secara pos pada hari Khamis dan Jumaat lepas.

Bagaimanapun Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke yang berada di Pusat Undi Pos Sibu siang tadi membuat kenyataan membantah ketelusan proses undi Pos itu .

Beliau mendakwa jumlah pemilih yang mengundi melalui pos telah melebihi bilangan pengundi pos yang berdaftar untuk P212 Sibu.

SPR sebelum ini mengumumkan tidak sampai enam puluh peratus daripada 52,158 pengundi dalam pilihanraya kecil p212 Sibu keluar mengundi hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.