Followers

Wednesday, May 19, 2010

Budaya Menghukum Dan Mengugut Belum Berakhir


Jelasnya politik menghukum dan ugut mengugut belum berakhir. Semalam kita dikejutkan kerana dua ADUN Pakatan Rakyat Sarawak telah digantung. Manakala itu beberapa orang mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia kini terpaksa berdepan pula dengan pendakwaan AUKU; kononnya kerana berkempen di Hulu Selangor.

Penjelasan dari mahasiswa terbabit, kehadiran mereka di sana adalah kerana berkaitan dengan jurusan yang diambil iaitu matapelajaran sains politik. Munasabah sekali mereka yang mengambil jurusan ini mahu merasai sendiri erti politik dan denyut masyarakat.

Apa ertinya jika sekadar berteleku di kuliah berhawa dingin tanpa mempunyai kesedaran keadaan sebenar. Pihak universiti jangan bertindak lebih sudu dari kuah! Kita bertanggungjawab mendidik anak-anak mahasiswa agar mereka tajam berfikir dan berani bersikap kritis. Keupayaan ini lah nantinya memacu negara ke haluan tepat, bukannya oleh mereka yang pandai mengampu sahaja.

ANWAR IBRAHIM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.