Himpunan 'Melayu Bangkit' yang dijadual dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu esok telah ditangguhkan ekoran nasihat PM DS Najib Razak.
Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu telah meminta perhimpunan itu ditangguhkan.
Sebelum itu, Pengerusi IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh melahirkan rasa sedih dan kesal jika IIM Terengganu terbabit dengan himpunan ‘Melayu Bangkit’ di Kuala Terengganu, esok. Ia ternyatalah benar-benar terbabit.
Ada seorang cikgu dari Tegganu habak, pada mulanya dia diarah heret budak-budak sekolah dia ke program itu, tetapi sat-sat dikensel. Benarlah Melayu dah tak jadi bangkit kot kerana bimbang gak nanti jadi rusuhan atau apa-apa ke masa Melayu Bangkit... susah budak-budak sekolah itu.
Akhirnya Melayu Bangkit ditangguhkan. Sebelum ini penganjur menerima desakan agar membatalkan bukan sahaja daripada PAS, tetapi juga komponen UBN iaitu MCA.

Dr Tap berkata demikian selepas menerima memorandum bantahan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengenai hal itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.