Followers

Saturday, May 29, 2010

BN MEMERINTAH MALAYSIA AKAN BANKRAP



Rakyat perlu menaruh harapan pada Pakatan Rakyat bagi menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk i mengelakkan negara bankrap sembilan tahun lagi. Tanpa perubahan tersebut rakyat akan berdepan dengan suasana sukar dan boleh mengulangi sejarah yang menimpa Greek sekarang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kerajaan BN tidak mampu lagi untuk mencari jalan mengelakkan negara terus bankrap melainkan mendesak subsidi barangan kawalan dimansuhkan.

"Bagi mengelakkan bankrap rakyat perlu bertindak lebih awal dengan menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelakkan terjerumus kepada bankrap.

"BN sudah memberitahu mereka tidak mampu lagi berbuat apa-apa bagi mengelak bankrap menjelang tahun 2020," katanya pada ceramah perdana di padang Majlis Daerah Tanah Merah di sini, malam tadi.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PRK, Saifuddin Nasution Ismail dan pimpinan PAS dan PKR Tanah Merah.

Padang yang terletak di pusat bandar Tanah Merah itu penuh sesak dengan kehadiran ribuan penduduk tempatan.

Ceramah perdana diadakan di tujuh lokasi berlainan sempena Kongres PKR yang diadakan di sini sejak semalam sehingga esok. Malam ini pula ceramah akan diadakan di Padang Perdana membabitkan tokoh utama Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengakui negara mungkin bankrap dalam tempoh sembilan tahun lagi sekiranya dasar pemberian subsidi tidak dimansuhkan.

Kit Siang berkata, berdasar andaian diberi menteri terbabit, hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat Malaysia menjadi negara maju pada 2020 mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana sudah bankrap.

"Sejak 50 tahun korupsi dibiarkan bermaharajalela di mana nilaian projek kerajaan tidak sepadan dengan projek yang dilakukan. Ketirisan berlaku di sana sini.

"Inilah punca utama kepada bankrap. Oleh itu kita sama sekali tidak bersetuju cadangan kerajaan mahu
menghapus subsidi ke atas makanan, minyak dan pendidikan," katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.