Projek tebatan banjir RM5j: Najib 'berkira-kira' | ||
|
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih berkira-kira sama ada akan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu.
"Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Najib yang juga pengerusi BN mengumumkan bahawa beliau akan menandatangani cek untuk projek tebatan banjir tersebut hari ini, sekiranya mereka menyokong Robert Lau Jr.
"Mari kita membuat perjanjian. Jika anda memberikan sokongan kepada Robert Lau Jr pada hari Ahad, saya akan menandatangani cek pada hari Isnin," katanya seperti dilaporkan sebelum ini.
Lau bagaimanapun tewas kepada calon DAP Wong Ho Leng dengan majoriti tipis 398.
Katanya, beliau "tidak mahu membuat spekulasi” berhubung mengenai perkara itu.
Para penganalisis, antara lainnya menyebut, pengundi daripada masyarakat Cina di situ tidak menggemari corak pentadbiran Abdul Taib.
Wajah ketua menteri itu juga tidak banyak dipaparkan dalam bahan-bahan kempen seperti poster di kawasan bandar Sibu, semasa kempen berlangsung./Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.