Nama United Malay Natinonal Organisation itu sendiri sudah cukup untuk melambangkan apakah dasar yang digunapakai untuk dijadikan garis panduan bagi pertubuhan yang bernama UMNO itu. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu adalah satu organisasi yang perjuangannya berasaskan kebangsaan dan kemelayuan.
Dengan sendirinya UMNO adalah sebuah parti perkauman berdasarkan perlembagaan dan perjuangannya. UMNO tidak akan bersifat internasional dan tidak boleh disertai oleh bangsa yang bukan Melayu, kerana dasar perjuangannya adalah perjuangan bangsa Melayu itu sendiri.
2. Falsafah dan Perjuangan Umno ini ada ditulis oleh seorang penulis kuat UMNO, Aziz Zariza Ahmad, dan kita boleh menyemaknya jika ingin mendalami intipatinya. Selain berdasarkan Melayu, UMNO juga ialah sebuah parti kebangsaan, atau dalam bahasa Arabnya disebut 'Assobiyyah. Dalam soal kebangsaan ini, sebuah hadith Nabi, ada menjelaskan bahawa perjuangan yang berasakan kebangsaan bukan dari ajaran Islam. Ertinya ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang meliputi semua bangsa dan puak, suku dan kaum untuk sama-sama menegakkan keadilan Islam.
3.Dalam konteks politik Malaysia, perjuangan atas nama kemelayuan ini penting bagi UMNO untuk mengekalkan survival politiknya, kerana kebanyakan orang Melayu, terutama orang lama yang tidak terdidik secara global, akan cepat tersentak jika perkataan Melayu dibangkitkan. Orang Melayu Lama ini cepat sensitif dengan isu-isu yang melibatkan bangsa Melayu, tetapi mereka tidak sensitif dengan isu yang melibatkan agama mereka, iaitu Islam. Sebab itu bila kerajaan BN menghalalkan judi bola, UMNO dan jaringannya termasuk pemuda,wanita, puteri dan putera tidak bersuara, kerana pada mereka agama tidak penting. Mereka lebih pentingkan kemelayuan dan kebangsaan mereka.
4. Sebab itu apabila isu Melayu dibangkitkan, orang-orang UMNO dan yang sealiran dengannya akan cepat melatah dan melenting tak tentu pasal sehingga boleh menyebabkan perpecahan kaum yang pelbagai atau majmuk seperti negara kita ini. Tentu kita semua tidak lupa peristiwa 13 Mei, yang menjadi titik hitam hubungan kaum di antara Melayu dan Cina di negara kita, walaupun isu sebenarnya isu perkauman itu dibangkitkan oleh UMNO sendiri, apabila mereka gagal mendapatkan majoriti di Dewan Undangan Negeri Selangor. Oleh kerana isu ini begitu sensitif dalam hubungan kaum di sini, UMNO menjadikannya senjata untuk menyelamatkan dirinya, terutama apabila mereka merasa akan kalah dalam pilihanraya yang diadakan, samada PRK atau PRU.
5. Sebab itulah ada ura-ura untuk mengadakan perhimpunan 100,000 orang di Terengganu pada 13 Mei baru-baru ini, kerana UMNO merasakan mereka sudah kehilangan sokongan dari orang Melayu sendiri, juga dari kaum-kaum lain yang menjadi rakyat Malaysia. Namun badan-badan NGO sedar akan hal ini, dan meminta perhimpunan itu dibatalkan.
UMNO akhirnya membatalkan perhimpunan itu. Namun, strategi perkauman ini akan sentiasa dibangkitkan oleh UMNO apabila mereka terdesak dan terasa tampuk kuasa akan terlepas ke tangan PR. Oleh itu, orang-orang Pakatan Rakyat harus sedar terhadap seruan terhadap kemelayuan dan kebangsaan ini, yang sentiasa akan digunakan oleh UMNO untuk menyelamatkan dirinya. Namun setakat ini, UMNO gagal dalam membangkitkan perasaan perkauman di kalangan rakyat Malaysia, kerana rakyat sendiri sudah sedar akan bahaya perkauman itu. M
edia baru seperti blog dan laman-laman reformasi telah mematangkan orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia , yang sudah memahami bahawa isu perkauman sudah tidak lagi relevan di zaman yang serba global ini. Namun UMNO, seperti namanya akan tetap bergantung kepada kemelayuan dan kebangsaan dalam usaha menyelamatkan diri dari kepupusan dari arena politik tanah air. Orang-orang PR harus peka terhadap hal ini, dan sebarang bentuk seruan ke arah perkauman pastinya akan di dalangi oleh UMNO. Ia sudah sebati dengannya, seperti sebatinya UMNO itu dengan namanya.
AlKundangi,
21.5.2010
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.