Followers

Tuesday, May 18, 2010

ADUN BN Dun Nangka, Sibu..Menjadi Salah Satu Faktor Kekalahan BN

Adakah salah satu punca kekalahan BN dalam prk lalu adalah kerana Dun Nangka? Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan Parlimen Sibu ini iaitu Dun Bawang Assan, Pelawan dan Nangka. Dun Nangka dikatakan bermasalah walaupun PBB pernah menang besar dengan majoriti 4,815 undi dalam tahun 2006. ADUN tersebut, Datuk Awang Bemee dikatakan tidak menjadi seorang YB yang berkesan. Beliau langsung tidak turun ke padang, dan bersikap arogan.

Di kerusi Nangka seramai 8,003 atau kira-kira 60% adalah pengundi muda dan berdarah panas. Luahan anak-anak muda Nangka melalui Facebook tentang masalah asas di kampung-kampung mereka cukup jelas menggambarkan betapa kecewanya mereka terhadap tahap khidmat wakil rakyat mereka. Selaku kaum minoriti di bumi sendiri, sudah semestinya rasa terkilan itu berbaur cemburu melihat peruntukan sekadar melimpasi kampung mereka menuju perkampungan bukan Melayu atau kawasan bandar.

Kg Hilir, Sibu Sama Macam Kg. Baru, Kuala Lumpur

Satu contoh, Kampung Hilir di pinggir bandar Sibu yang terletak dalam DUN Nangka ibarat Kampung Baru di ibu negara yang dianggap mencacatkan keindahan Kuala Lumpur. Kampung Hilir hanya di pisahkan oleh Hotel Paramount yang berbelas tingkat, Amat dhaif dan kampung ini menggambarkan taraf hidup masyarakat Melayu Melanau Sarawak.

Deretan rumah-rumah papan dengan sebahagian tiangnya di dalam Sungai Rejang menyebabkan sekali atau dua kali setahun, kampung ini dilanda banjir apabila air sungai melimpah pada musim hujan lebat.

Menurut seorang penduduk Kg Hilir, mereka sudah mengadu kepada wakil rakyat setempat tetapi ianya ibarat mencurah air ke daun keladi.Begitu juga dengan rayuan penduduk supaya lorong-lorong sepanjang Jalan Kampung Hilir dalam kawasan DUN Kampung Nangka diturap.


Datuk Awang Bemee, ADUN BN Digelar YB Jambatan


Mereka akhirnya gelarkan wakil rakyat BN itu dengan gelaran YB Jambatan... kerana YB BN ini hanya memberi kayu-kayu untuk di buat jambatan menghubungkan jalan dengan rumah bagi mengelak air jika banjir.

Penduduk kg itu dikatakan tidak mahu Adun berkenaan berkempen di kawasan DUN Nangka ketika pilihanraya kecil Parlimen Sibu lalu dan akan memangkah DAP. Petugas-petugas barisan hadapan pemuda BN dikatakan dihujani dengan bedilan-bedilan penduduk, merayu Ketua Menteri supaya menasihati ADUN Nangka supaya jangan turun padang. Bahkan bn menerima satu pesanan ringkas menyatakan bahawa pengundi Nangka akan menggunakan pilihanraya ini sebagai medan untuk meluahkan protes terhadap ADUN mereka.

Perihal wakil rakyat ini bukan rahsia lagi kerana nama beliau tidak terlepas bibir penduduk yang terasa kecewa bila YB berkenaan amat jarang turun padang.

Menurut seorang ibu tunggal tiga anak, jika ramai penduduk Melayu yang tidak mengundi BN pada 16 Mei ini, itu adalah kerana mereka kecewa setelah diabaikan walaupun kesetiaan pada BN tidak pernah berbelah bahagi sebelum ini.


Semua parti tumpu pada DUN Nangka


Dan memang semua parti menumpukan jentera pilihanraya ke kawasan DUN Nangka yang menjadikan penempatan utama masyarakat Melayu Melanau berbanding DUN Pelawan dan Bawang Assan. Ini kerana ada kira-kira 10,000 pengundi Melayu yang layak membuang undi pada Ahad ini selain 12,000 kaum Bumiputera lain khususnya Iban dan baki 36,000 lagi pengundi Cina. Dun Nangka ini telah dijadikan Dun angkat bagi PAS dan PKR manakala Dun Bawang Assan dikendalikan oleh DAP. Manakala Besar PAS turut terletak di Kampung Hilir, DUN Nangka yang sentiasa sibuk mengatur program kempen.

Jika benar DUN Nangka menjadi menjadi faktor kekalahan BN, ia satu tonik buat PR untuk menghadapi pilihanraya negeri Sarawak sebelum Julai tahun hadapan. Apapun, satu kajian analisis perlu dibuat untuk buktikan bahawa kawasan melayu atau melanau bukan simpanan tetap bn di Sarawak lagi. Jika ia benar-benar berlaku, tunggulah kehancuran hemogomi Raja Coklat Sarawak, Taib Mahmud dan BN di Sarawak. Sama-samalah kita berdoa ke arah itu…

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.