Followers

Sunday, May 16, 2010

Ada ada kah lagi saki baki maruah...Wahai BN..??

Kata Mukhriz Mahadhir: BN akan ambil balik Kedah dengan bermaruah! Maka saya ajukan soalan di atas bagi mengingatkan bahawa elemen itu sudah hilang dari resepi politik kuasa BN. Kalau disenaraikan pengumuman dan tindakan BN yang menabur wang rakyat untuk memancing undi dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor dan Sibu, maruah politik mereka sudah tidak berbenih lagi.

Kalau saya dedahkan pertemuan untuk membuat tawaran-tawaran mereka untuk membeli ADUN2 di Kedah sejak Mei 2008, di banyak tempat, apakah mereka boleh memberi harga kepada nilai maruah? Saki baki maruah itu tersangkut dihujung kasut mereka hanya kerana tawaran-tawaran itu tidak disambut oleh ADUN2 PR yang masih ada. Maruah mereka itu sudah digadai berkali-kali, kekadang tidak tertebus, lelap begitu sahaja.

Bloger-bloger UMNO yang menjadi 'pak yit' gerak saraf BN melontar berbagai cerita diluar lingkungan maruah. Antaranya seorang penulis UMNO bertaraf pelacur media membawa cerita ADUN Jeneri akan melompat pada 1 Mei 2010 yang lalu. Waktu berita itu disebarkan, ADUN Jeneri sedang berucap dalam perasmian Mesyuarat Agong PAS Kawasan Sik. Saya 'berani mati' kalau ADUN2 PAS bersedia melompat! Maruah apa lagi yang ada pada pengidap sindrom kalai itu?

Kalau kedudukan sebagai ADUN BN dan Ketua Bahagian diguna sepenuhnya untuk mengkayakan abng ipar dalam projek2 SPNB hingga melanda ke bahagian lain, hingga menutup peluang kontraktor lain cari makan, ada maruah kah? Pemohon skim perumahan rakyat SPNB mesti dapat tandatangan Ketua UMNO Bahagian, kalau tak dapat, tak lulus! Kontraktor yang ingin memasuki tender projek-projek kerajaan pusat mestilah ahli UMNO sahaja, seolah negara ini dan segala kekayaannya hanya untuk UMNO, ada maruah ka semua itu?

Malam tadi ada kawan maklumkan ada blog UMNO yang mendakwa berlaku mesyuarat tergempar di Markaz PAS Yan (Jerai) untuk membincangkan langkah membubarkan DUN. Padahal semalam tu ialah pertemuan MKK seluruh Kawasan Jerai untuk taklimat perlantikan semula MKK yang akan tamat September nanti. Tak ada sangkut paut dengan bubar DUN sama sekali. Takkan nak bubar DUN nak bincang seluruh ketua kampung?

Kelakar sungguh bila BN bercakap soal maruah, lebih-lebih lagi para pemimpin UMNO. Sebenarnya, pada mereka maruah bermaksud ringgit dan sen. Dalam pergelutan kuasa politik yang sedang berlangsung sekarang, bertanya tentang rupa maruah dalam kalangan pimpinan BN/UMNO sama seperti bertanya warna kuku seorang puteri UMNO yang kudung kedua belah tangan. Ellekkk!

Oppps! Lupa nak peringat!...... Pimpinan BN/UMNO boleh mendapatkan kembali maruah anda yang telah hilang/tercicir/lelap di pajak gadai bila anda memasuki Pilihanraya Umum ke 13 dengan kekuatan parti lawan parti... harta merdak, jentera dan agensi kerajaan tidak diheret untuk memenangkan BN/UMNO. Waktu itu anda akan tahu rupa paras dan harga sebuah MARUAH! Khalaaaass!

Muhammad Sanusi Md Nor
SETPOL MB KEDAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.