Mana-mana bangsa pun ada benda-benda yang nostalgic dan sentimental bagi depa. Mempertahankan benda-benda tu bukanlah perkauman. Umpamanya, saya budak Kampung Matang dalam kawasan Bukit Gantang. Di kampung saya tu, ada macam-macam benda bersejarah termasuk salah satu masjid tertua di Malaysia ni. Saya pernah jadi tok siak dan bilal solat waktu di masjid tu.
Kalau tiba-tiba kawasan masjid tu nak dibuat pembangunan untuk semua kaum dan saya membantahnya, saya akan maki kalau orang kata saya perkauman. Mempertahankan warisan bukan perkauman. Mempertahankan warisan tidak sama dengan memaki hamun, mencarut kepada bangsa lain dan merogol serta meliwat hak mereka. Kalau orang nak kata perkauman jugak, mampoih pi kat hampa la!
Hari ni, Malaysian Insider menyiarkan berita bertajuk "Non-Malays key to Kampung Baru re-development". Apa yang saya nak kata ialah kerajaan Umno BN bukan setakat kekeringan imaginasi malah dah hilang akal nak memajukan orang-orang Melayu dan kawasan warisan Melayu. Tahniah Yahudi-Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide yang menjadi tempat Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Umno yang dikepalainya memohon petunjuk!
1Malaysia konon!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.