Followers

Sunday, April 4, 2010

Zambry Penipu - oleh: YB Dato Seri Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR 3 Apr - Ketua Pembangkang menafikan beliau membuat sebarang tawaran jawatan Menteri Besar kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selepas pilihan raya umum 2008 seperti yang didakwa. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau hanya memberi respons terhadap dakwaan Zambry setelah isu itu ditimbulkan oleh Menteri Besar 'Mahkamah' tersebut. "Saya tidak ada pertemuan dengan dia jadi gambaran seolah-olah ada rundingan panjang itu tidak benar. Benar dia dihubungi, dia juga hubungi untuk tanya khabar dan sebagainya tapi saya tidak bincang hal-hal yang demikian dalam telefon tetapi apabila beliau bersedia berbicara melalui talipon saya tidak umumkan.

"Hubungan berlaku antara Menteri Besar sekarang dengan beberapa tokoh lain tetapi tidak dengan saya, saya tidak adakan apa-apa perbincangan dengan Menteri Besar Perak yang sediada, itu kenyataannya.

"Apakah ada pelawaan ya benar, adakah saya ada telefon satu dua minit memang ada tapi kalau telefon bekas sahabat-sahabat Umno satu dua minit dianggap satu kesalahan besar itu saya rasa aneh," jelas Anwar ketika berucap di Parlimen Rabu lalu.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak beberapa lalu Zambry mendakwa beliau adalah antara tiga wakil rakyat Umno yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika menyertai KEADILAN selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.