
Kalau kau kacau Zionis, aku arah siasat!
Kalau ada Yahudi Zionis masuk dalam negara kita, jangan bising-bising. Nanti kamu akan disiasat. Kalau ada Yahudi Zionis nak main kriket dalam negara ini, jangan tunjuk perasaan. Nanti kamu akan masuk jel!
Walaupun tak masuk jel, aku dah masuk lokap pasai menentang Yahudi Zionis nak main kriket dalam negara ni. Hampa jangan buat tak pasai. Kan Yahudi Zionis kawan parti Apco...
Dalam berita bertajuk "'Perisik Israel' di Bkt Aman: Hisham arah siasat", Malaysiakini semalam melaporkan:
Walaupun tak masuk jel, aku dah masuk lokap pasai menentang Yahudi Zionis nak main kriket dalam negara ni. Hampa jangan buat tak pasai. Kan Yahudi Zionis kawan parti Apco...
Dalam berita bertajuk "'Perisik Israel' di Bkt Aman: Hisham arah siasat", Malaysiakini semalam melaporkan:
...kerajaan akan mengambil empat pendekatan bagi menyiasat dakwaan bahawa perisik Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Kenangan lalu:
Hishammuddin berkata sebagai langkah permulaan pegawai khasnya telah diarahkan untuk membuat laporan polis.
Laporan yang sama juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara yang sama juga akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.
Mahfuz pilih penjara daripada membayar denda
Utusan Malaysia (10/11/2000): Ketua Pemuda Pas, Mahfuz Omar, memilih untuk dipenjarakan sebulan daripada membayar denda RM1,500 setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyertai satu perhimpunan tanpa permit tiga tahun lalu.
Majistret Sayani Mohd. Nor turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas tiga orang lagi iaitu Naib Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, 39, serta dua lagi ahli Pas, Minghat Mamut, 54, dan Jalaluddin Abd. Manan, 64.
Salahuddin dan Jalaluddin juga memilih hukuman penjara tetapi Minghat menjelaskan denda yang dikenakan.
Mereka didapati bersalah menyertai perhimpunan tanpa mendapat permit daripada Ketua Polis Daerah Brickfields, di depan pintu masuk Universiti Malaya di sini pada 4 April, 1997 sebagai membantah kehadiran pasukan kriket Israel yang menyertai kejohanan trofi Majlis Kriket Antarabangsa di sini.
Mereka dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mahfuz, 43, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Salahuddin dan Jalaluddin dilihat menaiki van polis pukul 3.40 petang untuk dibawa ke penjara.
Turut hadir mendengar keputusan mahkamah itu ialah Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Ezam Mohd. Noor.
Majistret Sayani dalam penghakimannya berkata, pihak pembela bukan sahaja telah gagal menafikan kewujudan perhimpunan tersebut malah mengemukakan pembelaan yang bersifat penafian semata-mata.
''Namun berdasarkan keterangan dokumentari yang dikemukakan oleh saksi-saksi, pendakwa berjaya membuktikan tertuduh berada di tempat kejadian,'' katanya.
Menurut beliau, walaupun Mahfuz, Salahuddin dan Jalaluddin mengatakan mereka berada di situ untuk menyuraikan orang ramai namun keterangan itu tidak dapat diterima.
''Begitu juga dengan keterangan Minghat yang mengatakan dia berada di perhimpunan tersebut untuk mencari anaknya,'' tambahnya lagi.
Majistret Sayani menyatakan beliau akan mengemukakan alasan penuh penghakimannya itu tidak lama lagi.
Peguam bela kepada empat tertuduh, Mohamed Hanipah Maidin yang diminta mengemukakan rayuan untuk meringankan hukuman, menyatakan anak guamnya amat terperanjat dengan keputusan itu.
''Saya rasa denda RM1 adalah memadai bagi mereka dan saya yakin keputusan ini bukan sahaja tidak menggembirakan umat Islam di negara ini malah membunuh demokrasi di Malaysia.
''Adalah tidak wajar jika anak guam saya yang menentang Israel iaitu pengkhianat dan pembunuh Islam, didenda melebihi RM2,000,'' tegasnya.
Timbalan Pendakwa Raya, Kamaruzaman Abdul Jalil bagaimanapun memohon hukuman berat dijatuhkan terhadap Mahfuz dan rakan-rakannya supaya ia menjadi pengajaran.
Menurut beliau, sikap degil yang ditunjukkan oleh mereka tidak patut dipandang ringan.
''Kalau guru kencing berdiri, murid pula akan kencing berlari,'' tegasnya.
Kamaruzaman menyatakan, sekiranya tertuduh tidak berpuas hati dengan hukuman yang akan dijatuhkan, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
''Hukuman yang dijatuhkan terhadap orang bukan Islam atau sebaliknya di mana-mana mahkamah di negara ini, tidak ada bezanya,'' kata beliau.
Sejurus selepas hukuman dijatuhkan, Mahfuz, Salahuddin dan Jalaluddin memberitahu peguamnya yang mereka tidak akan membayar denda dan memilih untuk dihantar ke penjara.
Empat tertuduh terbabit dihadapkan buat pertama kali di mahkamah pada 5 Ogos 1997 bersama 44 tertuduh lain.
Mereka bagaimanapun diperintahkan membela diri pada 20 Oktober tahun lalu manakala yang lain dibebaskan daripada tuduhan.
Pihak pendakwaan mengemukakan 19 orang saksi sementara saksi pembelaan mengemukakan lapan orang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.