India Hulu Selangor sedang berkompang hepi ! Najib sudah isytihar calon P-094 adalah mutlak milik MIC. Bermula malam ini, setiap malam di Hulu Selangor adalah kemuncak 'deepavali'. Setiap lorong dan estet akan terang dengan pesta 'cahaya'. Tak cukup depan rumah, pokok getah pun akan dililit wayar. Wow ! Bravo..calon yang dinantikan akan tiba jua. Kita julang 'MIC' untuk Hulu Selangor. Wala'-wala' ! Debaran 17 April akan tiba kemuncaknya. Kadavalli-kadavalli..!!
Caturan Najib yang cukup tepat. Itu kerusi tradisinya memang milik MIC ! Lagi mau cerita kaa ? Najib berjaya terjemahkan 1Malaysia di Hulu Selangor. Machaa keriangan ! Malam ini, kedai kopi dan tosey habis awal. Out of stock ! Mau kalo esok mari..!!
" sin..kau apa hal ? bawak ler datang tempat terang ni...gelap tuu..! " jerkah Pak Salim yang dari tadi dok mencicah roti dengan parpu tepi longkang kedai Maniam. " udah..udah ler tuu ! Jangan ikutkan sangat perasaan..! Dah tak der rezeki kita nak ber'calon'kan melayu Umno, nak buat macamana ? Patuh ler sikit dengan bos 1Malaysia tu, sin..! " sambung Pak Salim meleterkan Hussien Tempoyak yang sejak tadi terus gerutu jiwa bila harapannya mahu melihat 'Isa Samad' ke-2 di Hulu Selangor tidak jadi kenyataan.
Hussein terus bungkam. Protesnya hanya akan berakhir pada tarikh 17 April. Apa nak jadi-jadilah..! Dalam hatinya membuak rasa geram dan marah, sia-sia saja dia join Merkasa. Satu-satunya pertubuhan melayu yang sangat melayu ! Jika soal ketuanan melayu untuk Hulu Selangor pun tak mampu diberi kepada melayu, nak harap apa lagi ! Sampai hati sungguh Najib bagi kepada si 'machaa..' ! Gelaplah melayu Hulu Selangor ! Gelapp....beb ! 'dengus Hussein seorang diri. Ada ketikanya Hussein boleh gelak, dan ada ketikanya dia boleh menanggis sebijik macam Rafidah, tok neknya yang makin jonggang, sejak mula minat drama Milah di astro tu. Kesian Hussein. Jiwa 'melayu'nya dihumban Najib ke estet !
Sudah 5 bomoh datang mengubat si Hussein, namun tidak langsung ada tanda-tanda mahu sembuh. Makin kesian bila menengok budak Hussein tu. Masa hari Najib umum calon Hulu Selangor di Shah Alam tempohari, pagi tu elok lagi nampaknya si Hussein. Tetapi sejak 3-4 hari ini, makin kusut budak tu ! Boleh dia ke bandar pakai tengkolok siap berselendang dan cucuk keris 'kertas' kat pinggang ?
Semalam ada kawan maklum, katanya ada bomoh handal di Perak. Boleh mengubat simptom-simptom macam ni ! Cuma jadi masalah, nak hello-hello, payah sikit, pasal henfon bomoh ni tak aktif selalu, dalam gua beb..mana ada pencawang celcom ka maxis nak pi pacak ! Bikin rugi Ananda Krisnan saja pi pacak pencawang dalam gua..! Tak huntung langsung..
Harap-harap konvoi 'Wanita'nya ke Gua Bukit Putus, Gunong Semanggoi berjaya menemukan bomosiam yang handal tu tumpang menilik sebab si Husssein protes teruk di Hulu Selangor. Apa tidak nya, sampai gambar 1Malaysia pun diterbalikkannya. Tak cukup dengan itu, siap di potostet lagi gambar tu buat tampal di setiap lampu traffic light..di pekan Kuala Kubu. Jem juga kejap pekan tu, pasal lampu hijau tiba-tiba dah tak ada..yang ada gambar muka Najib terbalik. Teruk sungguh penyakit si Hussein.
Ini nak pesan, kalau PA bomosiam Bukit Putus terbaca artikel ini, tolong tengok-tengokkan dalam cawan tu..pasai apa Hussein jadi macam tu..! Dia tau MIC/BN nak kalah kaa ? hahaha..!! - albanjari
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.