
DATO' DR. HASAN BIN MOHAMED ALI ISU BERHUBUNG DENGAN KHUTBAH JUMAAT YANG DISAMPAIKAN OLEH YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI, EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI MASJID AS-SALAM , BUKIT SENTOSA,
Mengikut laporan akhbar yg diterbitkan hari ini bahawa YB Dato Seri Dr. Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan telah menimbulkan isu kononnya
Sukacita saya menjelaskan bahawa khutbah yang saya sampaikan menyentuh persoalan pembangunan yang tidak seimbang dan kesan daripada pembangunan sedemikian. Saya telah mengemukakan pandangan beberapa ahli fikir mengenai
Saya juga ingin menjelaskan bahawa sebagai Ahli Exco yang bertanggungajawab mengenai Hal Ehwal Islam, saya telah diberi amanah menjaga kesucian masjid daripada dikotori oleh unsur-unsur politik kepartaian. Setiap kali saya menyampaikan kthubah saya tidak pernah menyentuh perkara-perkara yang ada hubungkaitnya dengan politik kepartaian yang dilarang itu.
Sebagai Ahli Exco Hal Ehwal Islam dan juga selaku Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), saya sentiasa bertindak sebagai individu contoh kepada para khatib dan para imam bagi semua masjid di Negeri Selangor untuk menentukan politik kepartaian dihindarkan sama sekali di dalam masjid sebagai rumah Allah SWT yang suci itu. Saya tidak pernah sama sekali terlintas atau melakukan perkara-perkara yang menyalahi perintah DYMM Sultan Selangor sebagai tonggak kuasa tertinggi mengenai Agama Islam.
Saya juga sangat pasti tidak meninggalkan bacaan Selawat ke atas Nabi SAW sebagaimana yang terkandung di dalam pengenalan Khutbah Kedua. Pegawai JAIS yang sama hadir serta AJK Masjid As-Salam boleh mengesahkan perkara ini.
Saya telah membaca khutbah sejak lebih daripada 40 tahun yang lalu. Dalam dua tahun kebelakangan ini setiap minggu saya memberi khutbah di masjid-masjid seluruh Negeri Selangor. Dalam jarak masa agak panjang itu, belum pernah saya menerima apa-apa komplen samada mengenai isi kandungan khutbah yang disampaikan atau ketidakpatuhan saya terhadap rukun-rukun khutbah yang ditetapkan oleh Syariat.
Diharap penjelasan ini dapat menjawab tuduhan yang tidak berasas yang dilemparkan terhadap saya.
Sukacita saya nyatakan bahawa saya tidak berpolitik melalui khutbah yang saya sampaikan sebaliknya khutbah saya itu telah dipolitikkan.
Sekian terima kasih.
Saya yang ikhlas
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.