Followers

Friday, April 23, 2010

Sandiwara: Akhirnya Dua Bekas Exco Perak Yang Dikatakan Terlibat Rasuah Itu Dibebaskan Oleh Mahkamah Atas Skrip Dan Arahan Puak UMNO !!

(PKR) yang kini menjadi wakil Bebas. Tiga lagi tertuduh yang dibebaskan ialah bekas Adun Bota, Fairul Azrim Ismail, Dua bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak bersama tiga individu lain dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Dua bekas anggota Exco terbabit ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu, 59, dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, 54. Kedua-dua mereka adalah bekas Adun Parti Keadilan RakyatKapten (B) Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, 32. Kesemua mereka telah menghadapi 16 tuduhan rasuah yang berkaitan dengan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta dekat Seri Iskandar.

[Ternyata pembebasan kedua-dua bekas Exco Perak ini adalah atas arahan dan "skrip UMNO" itu sebenarnya. Maka itulah mereka tidak takut dan hairan dengan hukuman yang bakal diterima. Apa yang penting kedudukan mereka selamat selepas "lompat parti" dan bertindak khianat menyokong BN sehingga mencetuskan rampasan kuasa di bumi Perak. Tindakan jahat kedua-dua "petualang rakyat" Perak ini tidak akan dimaafkan oleh seluruh rakyat, bahkan mereka akan terus dihina dulu, kini dan pasti buat selama-lamanya. Awal-awal lagi memang kita sudah tahu perancangan mereka ini adalah sandiwara politik sebenarnya].

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.