Kecoh dan tidak keruan jadinya "Parti Semangat Melayu Layu" Umno, apabila angan-angan dan cita-cita tinggi melangit untuk mengenegahkan "Pahlawan mereka" iaitu calon dari Umno untuk bertanding di P094 Hulu Selangor tidak kesempaian apabila Pak Najib memberikan "Green Light" yang calon di P 094 adalah dari kalangan calon MIC.
Rata-rata blog hard core Umno kini seperti "Senjata Makan Tuan" apabila kebanyankan mereka kini melaporkan tentang ketidakpuasan hati ahli-ahli Umno serta ketua-ketua cawangan dan bahagian mereka yang akan bermati-matian mempertahankan bahawa calon P094 Hulu Selangor tetap dari kalangan ahli Umno apabila di istiharkan pada 15 April ini oleh Pak Din Koboi (TPM)
Malah telah ada dikalangan ketua cawangan dan bahagian akan memBOIKOT PRK ini,sekiranya calon bukan daripada Umno (Klik) sehinggakan pimpinan mereka Dato Zainal Sakom (Klik) terpaksa memberikan penerangan untuk memperjelaskan keadaan agar tidak berlaku "BOIKOT" daripada orang melayu yang akan menyebabkan mereka tersungkur kalah seperti yang pernah terjadi pada PRK yang lalu.
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia"..kuah3

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.