Followers

Tuesday, April 6, 2010

Menteri yang tidak disukai oleh Tun Mahathir !



APABILA Nazeri Aziz mula membebel dan gelisah melihat DS Anwar ke hulu ke hilir bercakap soal APCO dan Israel, kita tahu mengapa menteri yang tidak disukai oleh Tun Mahathir itu bersikap demikian. Bukan rahsia lagi kisah APCO ini kepada rakyat yang cerdik dan berfikir kecuali mereka yang `bermazhab' Umno yang menjadikan Utusan Meloya sebagai kitab mereka dan TV 3 suku sebagai `kiblat' mereka.

Bahkan, pemimpin parti di dalam komponen Bn sendiri seperti MCA, Gerakan dan MIC serta beberapa parti di Sabah dan Serawak membisu seribu bahasa langsung tidak berani bercerita berkenaan APCO ini. Apakah mereka ini cerdik sedikit dari Umno untuk menilai apa yang dihujahkan oleh DS Anwar di dalam Parlimen baru-baru ini? Maka, untuk mempamirkan `kejantanan' nya yang sejati, Nazeri minta DS Anwar berdepan di dalam Parlimen di dalam keadaan `tali telah dipasang ke leher' DS Anwar lebih awal. Beliau mencabar DS Anwar supaya menunjukkan jantannya di Parlimen nanti. Bukankah DS Anwar telah berpencak di Parlimen baru-baru ini, tetapi sehingga kini tiada sambutan dan cabaran. Mengapa tidak dijawab soal APCO serta perjanjian yang dikatakan oleh DS Anwar itu?

Mengapa tidak cabar sahaja DS Anwar berdebat tentang APCO ini secara terbuka seperti debat soal minyak dahulu? Beranikah Nazeri berbuat demikian atau bimbang mulutnya bakal berbuih seperti yang terjadi kepada Shaberi Cheek suatu ketika dahulu? Mengapa mahu DS Anwar bercakap di Parlimen lagi sedangkan apa yang DS Anwar hujahkan baru-baru ini pun masih tidak terjawab oleh Najib apatah lagi Nazeri. Nazeri tahu, sekiranya DS Anwar bercakap di Parlimen seperti yang beliau inginkan, Speaker Parlimen mestinya akan berbuat sesuatu terhadap DS Anwar apabila DS Anwar bercakap lebih lanjut soal APCO itu nanti. Itu lah tahap keberanian Nazeri yang mahu menjadi `ayam sabung' Najib untuk berdepan dengan DS Anwar.

`Ayam sabung' Nazeri ini adalah ayam yang mahu bersabung di dalam sangkarnya sahaja. Beliau tidak berani berdepan secara terbuka di khalayak ramai kerana bimbang rakyat akan menyaksikan kebodohannya. Apa yang terjadi kepada Shabery Cheek benar-benar menjadi pengajaran buat semua pimpinan Umno. DS Anwar tidak perlu membuktikan `jantan'nya kepada si `betina lembik' seperti beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.