Followers

Thursday, April 8, 2010

MB Selangor bangkang SPR ketepikan MAFREL di pilihanraya Hulu Selangor


Menteri Besar Selangor tidak bersetuju dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenepikan pembabitan pemantau dalam pilihanraya kecil kali ini.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemantau pilihanraya adalah komponen penting dalam proses pilihanraya bebas dan telus, serta menjadi kebiasaan dalam pilihanraya-pilihanraya demokratik serata dunia.

SPR memutuskan untuk membatalkan khidmat MAFREL sebagai badan pemantau bebas pilihanraya.

Keputusan itu dibuat setelah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Noh Omar mengeluarkan kenyataan bahawa MAFREL tidak layak untuk menjadi badan pemantau pilihanraya Hulu Selangor kali ini.

Noh Omar dikatakan berang dengan kritikan MAFREL yang membidas tindakan Kerajaan Pusat meluluskan pelbagai projek perumahan dan sekolah kepada penduduk Hulu Selangor sebaik sahaja pilihanraya kecil diumumkan akan diadakan.

Mafrel sebelum ini terbabit memantau hampir setiap perjalanan pilihanraya tanahair.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.