Followers

Tuesday, April 6, 2010

Kutipan Zakat Pulau Pinang Meningkat Di Bawah PR


KUALA LUMPUR : Jumlah kutipan zakat Pulau Pinang mencatatkan peningkatan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) melalui Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Berbanding di zaman BN yang hanya mengutip RM41.76 juta, jumlah itu meningkat di era PR apabila berjaya mengutip RM47.95 juta pada tahun 2009.

Pengurus Besar Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang, Dr Azman Abdul Samat berkata, peningkatan jumlah itu berdasarkan tahap kesedaran umat Islam menunaikan zakat perniagaan, selain strategi PUZ yang menfokuskan pembangunan modal insan dan pembebasan kemiskinan jiwa.

Menurutnya, situasi itu membuktikan bahawa umat Islam semakin yakin dengan pendekatan PUZ dan berharap agar jumlah itu bertambah menjelang penghujung tahun ini.

"Daripada jumlah itu, seramai 49,932 penerima wang zakat pada 2009 berbanding hanya 28,118 penerima menerima zakat pada 2008.

“Kita yakin strategi itu dapat memberi kesedaran kepada umat Islam untuk menunaikan tanggungjawab mereka membantu insan yang memerlukan,” tambahnya lagi.

Seramai 300 penerima dari daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) menerima bantuan zakat berjumlah RM200,000.

Purata bagi setiap penerima mendapat sekitar RM400 hingga RM600 bergantung kepada jenis bantuan yang diterima.

Antara jenis bantuan yang diberikan adalah pendidikan sekolah rendah dan kebangsaan, pendidikan Institut Pengajian Tinggi (IPT), sara hidup untuk warga kurang upaya, kesihatan serta baik pulih rumah.

Bantuan yang disalurkan merupakan permulaan pada tahun ini dan akan berterusan sepanjang tahun.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman berkata, PUZ tahun ini akan memberi fokus kepada pendidikan memandangkan negara memerlukan modal insan yang berkualiti bagi membangunkan negara pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.