“Bagi peluang kedua, cuba sekali lagi.”“Jika tidak berpuas hati, (anda) boleh buang dalam pilihan raya (umum) tahun 2012,” demikian rayu Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel semasa persinggahan keempat beliau di bahagian Parlimen Hulu Selangor, malam tadi.
Kira-kira 9 malam tadi beliau berucap merasmikan Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran Untuk Wanita anjuran Persatuan Penganut Dewa Ying Jun Miao di Bukit Beruntung.
Palanivel juga merayu kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor yang ditemuinya sepanjang semalam agar memberikan peluang kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Untuk kerajaan yang kuat, untuk Parlimen yang kuat, undi masyarakat Cina sangat penting... kami memerlukan sokongan masyarakat Cina.
“Masyarakat Cina mesti menyokong MIC, MIC akan menyokong calon MCA, Gerakan.
“Saya rayu kali ini pengundi-pengundi Cina akan menyokong calon MIC,” katanya yang ditemani beberapa pemimpin MIC ketika singgah di Bukit Beruntung.
“Saya tewas pada tahun 2008 dengan perbezaan undi kira-kira 0,04 peratus, tidak sampai setengah peratus. Oleh itu saya mengharapkan sokongan anda semua,” kata Palanivel lagi.
Pada 8 Mac 2008, Palanivel ditewaskan oleh wakil PKR Datuk Dr zainal Abidin Ahmad, yang juga bekas timbalan menteri besar ketika kerajaan negeri BN, dengan perbezaan 198 undi.
Kira-kira enam jam sebelum itu semasa berucap kepada kira-kira 50 orang pengundi Cina di Tokong Kuen Yin Kerk di Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Baru, Palanivel meminta masyarakat Cina supaya memberikan peluang kepada Najib yang genap setahun sebagai Perdana Menteri minggu lalu.
Najib meraikan setahun genap sebagai perdana menteri di bahagian Hulu Selangor.
“Saya minta satu peluang, berikan beliau satu peluang,” katanya...(Baca lagi Mengenai kempen Haram Jadah BN)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.