Followers

Tuesday, April 27, 2010

Kemenangan BN Membuktikan Bahawa Demokrasi Itu Telah Dimusnahkan Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Sendiri

Ramai yang terkejut dengan kekalahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. Ia berikutan laporan awal yang mengatakan PKR akan menang dengan majoriti melebihi 2,000 undi terhadap Barisan Nasional. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Inilah yang dikatakan takdir, kita hanya merancang namun Allah yang menentukan.

Tiada siapa yang harus dipersalahkan, kerana segala usaha dan gerak kerja yang dijalankan sepanjang kempen jelas sekali menjurus ke arah kemenangan sebenarnya. Kekalahan yang berlaku sememangnya sudah dirancang sejak dari awal lagi. Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang dilihat begitu "double standard" telah mencemarkan pilihanraya kecil kali ini. Rakyat boleh menerima kekalahan sekiranya ia berlaku dengan adil dan telus.

Namun rakyat tidak boleh menerima kekelahan sekirannya "Pengadil Wrestling" digunakan untuk memastikan pengkhianatan berlaku. Tindakan SPR sejak dari awal lagi dilihat lebih cenderung menyalahkan PKR dalam apa jua keadaan sekali pun termasuklah tindakan provokasi dan kekecohan yang berlaku sepanjang tempoh hari mengundi pada 25 April lalu. Pengerusi SPR, Aziz Yusof dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang "berat sebelah" dan seolah-olah beliau bercakap bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional pula.

Dalam beberapa kes seperti barung panas, baling objek dan sebagainya begitu jelas Aziz Yusof menyalahkan pembangkang. Sedangkan beliau sendiri tahu yang BN terlebih dahulu mendapat restu melakukan perbuatan tersebut. Malah tindakan Aziz mengeluarkan perkataan bahawa semua kesalahan pilihanraya kecil Hulu Selangor terletak kepada penyokong pembangkang menampakkan betapa teruknya tahap pemikiran Pengerusi SPR itu, malah lebih teruk daripada Tan Sri Rashit Rahman dulu.

Tindakan Pihak SPR Yang Cukup Meragukan

Saat kemuncak pengkhianatan SPR ini bermula apabila Pengarah Pilihanraya PKR, Fuziah Salleh mendedahkan ada 13,488 nama pengundi berdaftar telah dipindahkan. Malah lebih teruk dari tu, ada juga pengundi yang dipindahkan ke kawasan lain. Alasan yang diberikan pengundi terbabit memohon untuk bertukar tempat mengundi. Masalahnya, jika 13,000 pengundi dipindahkan sesuka hati bukankah ia akan menyusahkan mereka terutamanya pada hari mengundi.

Bayangkan pengundi di peti undi Sek Ren JK (C) Khing Ming di Kuala Kubu Bharu tiba-tiba dipindahkan ke Peti Undi Sek Keb Felda Sg.Buaya. Bukankah ini menyusahkan mereka dan melambatkan pergerakan pengundi terbabit. Ini menyebabkan ada sesetengah mereka yang dilihat gagal menunaikan tanggungjawab dan ada pula yang tidak dapat berbuat demikian apabila nama mereka dikatakan sudah mengundi oleh pegawai SPR yang bertugas di pintu masuk pusat pengundian terbabit.

Bukankah ini menimbulkan keraguan yang amat munasabah dan kenapakah SPR sanggup berbuat demikian sedangkan mereka sepatutnya mengadili pilihanraya ini dengan telus dan adil tanpa ada unsur lain. Tindakan inilah yang menyebabkan sejak awal-awal lagi, penyokong Pakatan Rakyat melihat satu keputusan yang tidak wajar akan berlaku. Maka akhirnya terbukti jua, apabila sekitar jam 5.30 petang selepas semua pusat pengundian ditutup nampak petanda awal bahawa PKR akan menang.

Tetapi setelah keputusan tidak rasmi diterima sekitar jam 7.30 malam, terbukti tiba-tiba BN pula menang. Apa yang berlaku sebenarnya?. Bukankah ada teori konspirasi yang menyebabkan senario ini terjadi. Nampak benar seolah-olah ada arahan pihak atasan, agar dalam apa jua keadaan sekalipun demi menjaga nama baik dan imej Perdana Menteri Najib Razak maka SPR perlu memastikan BN menang dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.