Followers

Friday, April 23, 2010

Hulu Selangor: Label Datuk Zaid Ibrahim Katak, Terbukti Mahathir Kini Si Munafik Nyanyuk Yang Semakin Lupa Diri Serta Tersesat Jalan Pulang !!


Sungguh malang nasib mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad (foto), setelah sekian lama dihina oleh rakyat tiba-tiba kini beliau sengaja mahu menghina dirinya sendiri pula. Kelibat Mahathir yang dilihat mula menyelinap masuk ke Hulu Selangor, jelas sekali bakal menambahkan derita penyokong BN dan melengkapkan lagi tanda-tanda kemenangan Pakatan Rakyat sebenarnya.

Beliau yang telah menghancurkan masa depan rakyat dengan dasar penswastaan negara serta bangga dengan projek-projek mega yang menelan berbilion-bilion ringgit duit rakyat itu dilihat akan menjadi liabiliti baru kepada UMNO BN sebenarnya. Apa rasionalnya untuk orang tua "nyanyuk" seperti Mahathir ini turun berkempen?.

Masihkan kita ingat tatkala beliau sebagai PM menghina janggut Nabi Muhammad SAW bahkan menolak cadangan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS untuk melaksanakan hukuk Allah iaitu Hudud tertegak dimuka bumi ini?. Bukankah nyata dan jelas Mahathir sebenarnya orang munafik yang perlu diperangi akibat keegoaan dan keangkuhannya sejak sekian lama. Kita sangkan, di akhir hayatnya Mahathir akan insaf dan kembali ke pangkal jalan. Tambahan pula selepas dirinya mendapat kehinaan tatkala Pak Lah memegang tampuk kuasa dulu.

Beliau juga sesekali berceramah di pentas pembangkang selepas dilarang oleh kerajaan UMNO BN pimpinannya dulu. Pernah disembur dan diperlakukan seperti apa yang dilakukan terhadap pemimpin pembangkang sebelum ini. Sangkaan kita Mahathir ini akan mati dengan keinsafan dalam usia senja "rumah kata pergi, kubur kata mari".


Sekurang-kurangnya beliau bertaubat kepada Allah atas segala ketelanjuran, kezaliman dan penindasan yang dilakukan kepada rakyat selema 22 tahun berkuasa dalam negara ini. Beliaulah sebenarnya "bapa sekular Malaysia" sama seperti Kamal Altartuk di Turki dulu. Kini, Mahathir menjual kembali maruahnya dengan berceramah di pentas BN di Hulu Selangor.

Malah kenyataan beliau bahawa hanya BN sahaja yang boleh melakukan proses kemajuan terhadap negara ini, jelas sekali menunjukkan dia sudah tidak percaya kepada Yang Maha Kuasa (Allah Yang Esa). Mahathir masih lagi dibuai keindahan dunia tanpa mahu membuat persediaan untuk pulang ke rahmatullah. Hinanya Mahathir jika inilah sikap yang ditunjukkan beliau sekarang. Paling melucukan apabila dia dengan bangga menyamakan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim seperti katak (Ibrahim Ali Al-Kataki), dan merayu supaya rakyat memangkah calon BN, P.Kamalanathan.

Kenyataan Mahathir itu jelas sekali melambangkan kedangkalan dan kebodohan dirinya kini sudah ditahap bebal. Ini kerana belum ada pemimpin UMNO BN yang masih berada di tampuk kuasa sebagai menteri sanggup melepaskan jawatan tersebut dan kembali kepada rakyat. Maka, tindakan Zaid tidak sama dengan lain-lain pemimpin pembangkang yang mengikut jejak langkah Ibrahim Ali atau masuk UMNO. Zaid sebenarnya keluar dari "lubuk duit" dan kembali ke "lubuk air mata rakyat".


Apakah dia boleh dianggap "katak" seperti yang dikatakan oleh Mahathir. Zaid keluar dari dunia kehinaan kepada dunia yang lebih bermaruah. Beliau mengambil keputusan untuk tidak terus bersekongkol dengan kerajaan yang zalim, rasuah, korupsi serta tidak melaksanakan tuntutan Islam. Apakah ini salah disisi rakyat?. Memang benar ketika di dalam UMNO, beliau bergelumang dengan pelbagai maksiat termasuk apa yang diperkatakan oleh puak UMNO itu. Namun, kini beliau telah keluar dari "lubang maksiat" dan kembali memperhambakan diri kepada rakyat.

Nilai Zaid tidak sama dengan nilai lain-lain pemimpin politik pembangkang yang masuk UMNO seperti Zahrain Hashim, Salehuddin Hashim, Ezam Md Noor, Lokman Noor Adam, Ruslan Kassim, Fairuz Khairuddin serta lain-lain lagi itu. Buktinya, kini Zaid dijulang sebagai pempimpin rakyat tetapi tidak semua pengkhianat yang melompat UMNO itu. Mereka kini terus terhina dek kesilapan diri sendiri. Malah, tidak ada lagi suara rakyat yang mahu mendengar kokokan pemimpin terbabit dalam setiap kali ceramah mereka.

Berbeza dengan Zaid, selepas masuk PKR beliau kini bertambah popular di hati rakyat dan bukan didada media arus perdana. Maka itu Mahathir tidak layak untuk menghina penghijrahan Zaid ini, kerana beliau sebenarnya sudah kembali ke pangkal jalan dan berada di landasan yang benar (politik). Berbeza dengan Mahathir yang semakin tua semakin nyanyuk dan kini beliau memang suda tersesat jalan untuk pulang.


[Oleh itu rakyat terutamanya para pengundi di Parlimen Hulu Selangor diseru supaya berhati-hati bila mendengar ucapan Mahathir ini. Jika Zaid digelar katak maka Mahathitr itu adalah Firaun yang telah merosakkan rakyat Malaysia sejak sekian lama.

Semoga kehadiran Mahathir ke Hulu Selangor ini akan menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap parti haprak "UMNO dan Barisan Nasional" itu hendaknya. Apa yang jelas, menghantar Mahathir turun berkempen adalah strategik terdesak UMNO BN untuk merampas kerusi parlimen tersebut selepas mereka gusar melihat sokongan rakyat semakin membuak-buak terhadap PKR sekarang ini.

Bairpun SPR dipergunakan untuk memindahkan lebih 13,000 pengundi berdaftar, namun mereka juga risau dengan ribuan pengundi baru yang masuk senarai juga pengundi sedia ada yang termakan budi akibat kabijakan mereka yang terbela selama dua tahun Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor itu sebenarnya. Inilah yang akhirnya membawa kepada turunya mantan PM Mahathir ke Hulu Selangor !!].

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.