
KUALA KUBU BARU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini mengeluarkan arahan
melarang semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di negara ini
terlibat dengan sebarang kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat KPT tindakan tegas
akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang terlibat dalam kegiatan berkempen
mengikut Akta Universiti dan Kolej Universtiti (AUKU) 1971 dan Akta Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.