Seloka Apco dan Minah Jonggeng
GARA-GARA Apco dua orang ahli parlimen kena ambil tindakan. Seorang telah dihalau dari dewan dan tidak dibenarkan masuk selama 10 hari. Manakala seorang lagi pula akan dihadap ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Kedua mereka dikenakan tindakan itu kerana mempersendakan atau mengejek Umno Apco... Umno Apco dan melemparkan kata-kata diktator?
Itu saja. Di Malaysia ini tindakan boleh dikenakan atas kesalahan yang kecil dan sinikal saja. Orang Malaysia termasuk parlimen sangat sensitif dan mengambil berat terhadap sesuatu hal. Kalau hendak dikira apalah sangat salahnya, seorang wakil rakyata itu dihalau kerana dia tuduh speaker diktator. Sebab beliau kata begitu kerana speaker itu terlalu menjaga maruah Umno. Mana-mana ahli parlimen bangun nak usik Umno dan pemimpin agungnya akan dilindungi macam, rimau jaga anak.
Sikap tidak adil speaker inilah menyebabkan ahli parlimen itu menuduh speaker berkenaan sebagai diktator. Rupa-rupanya bukan saja, Lim Guan Eng diktator, speaker pun diktator jugak!
Manakala yang seorang lagi itu dikenakan tindakan kerana mengejak, Umno Apco. Mengejek ni macamlah budak-budak menggelar seseorang. Ah macam drama bersiri dekat tv tu lah, Minah jonggeng. Kerana jonggeng, maka budak-budak akan menggelar dia Minah jonggeng, Minah jonggeng. Macam tulah laku dan lagak wakil rakyat itu.
Dia orang kampung dan pendidikannya tak seberapa menyebabkan gelagat dan cakap-cakapnya merapu saja. Maka dia ejeklah Umno Apco... Umno Apco. Orang kampung kalau tak bawa tabiat kampung, tabiat mana lagi nak bawa? Al hasilnya wakil rakyat itu kena dihadap ke jawatan kuasa Hak dan Kebebasan.
Dua wakil rakyat pembangkang akan dihadap ke jawatan kuasa berkenaan. Seorang lagi Anwar Ibrahim yang akan dihadap pada 22 April nanti. Mungkin ada lagi selepas ini kok? Adapun seorang wakil rakyat UBN yang dicandangkan untuk dihadap ke jawatawan kuasa itu terselamat apabila menang dalam undian belah bahagi.
Kembali kepada soal asal, kenapa Umno takut sangat dengan Apco? Macam Minah jonggeng itulah kalau gigi tersepah di mulut kenapa nak hairannya. Kan kau jonggeng maka terima sajalah hakikat kejonggengannya itu. Anwar Ibrahim sudah mendedahkan panjang lebar bagaimana penglibatan kerajaan Umno dengan Apco termasuk dalam jabatan diketuai Musa Hassan. Tak payah banyak cerita, jawab sahaja. Perkara itu boleh dijawab oleh Najib dan rakyat akan mengadilinya sendiri dengan otak yang waras.
Kalau Umno tidak Apco, apa nak kisahnya, macam Minah jongggeng itu. Buang kontrak yang diberikan kepada syarkat yang melibatkan Apco... habis ceritanya. Macam Minah kalau tak nak nampak gigi tersepah, buang saja gigi. Dulu ada seorang wakil rakyat, oh... giginya lagi jonggeng daripada Minah jonggeng. Dengan ada kemudahan dental beliau buang gigi berkenaan, jonggengya sudah hilang. Lepas tu orang tak panggil dia ****** jonggeng lagi.
Ingatkan bila gigi jonggeng sudah dibuang cakapnya tidak merapu lagi, tatapi masyaAllah, merapu dan repeknya bertambah-tambah pula. Makanya sesiapa yang bergigi jonggeng kekalkan macam AR Tompel. Tompel jadi popular dikenali ramai kerana tuah pada gigi jonggengnya itu.
Sebaliknya Apco tidak boleh dikekalkan sebab dia ada kena mengena dengan Yahudi dan Israel. Umno hendak tak hendak kena bersihkan dirinya dari Apco, kalau tidak Umno akan terus diejek macam wakil rakyat dari kampung itu mengejek Umno... Umno Apco... Umno Apco. [wm.kl. 8:20 am 09/04/10]msomelayu.blogspot.com
Followers
Thursday, April 8, 2010
Gurauan Parlimen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.