Followers

Thursday, April 29, 2010

Eksklusif: Pendedahan Laporan Perubatan Saiful Oleh Pusrawi Serta HKL, Blogger Cucumatkilau Akan Buat Laporan Polis Di IPD Kuantan Hari Ini

KUANTAN, 29 April [7.00 am] yang kini mencetuskan kontroversi tentang kes liwatnya itu. Laporan dijangka akan dibuat oleh - Satu laporan polis akan dibuat terhadap pihak yang telah mengeluarkan laporan perubatan Saiful Bukhari AzlanMohd Shukri Mohd Ramli yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (foto) di IPD Kuantan hari ini.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat (MTR), berkata
"Laporan polis tersebut terpaksa dibuat sususalan dua laporan perubatan yang telah dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur terhadap Saiful baru-baru ini. Rakyat semakin keliru dengan kes liwat yang sedang dihadapinya dan amat bersimpati dengan nasib yang menimpa anak muda itu. Oleh kerana kes tersebut sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi, maka unsur-unsur yang boleh menjatuhkan serta mencemarkan imej mangsa haruslah diambil perhatian serius.

Setahun yang lalu rakyat dikejutkan dengan pendedahan laporan perubatan oleh seorang doktor dari Hospital Pusrawi yang dikatakan memeriksa Saiful sebelum beliau membuat laporan polis. Namun terbaru, satu lagi laporan perubatan "sulit" telah didedahkan oleh tiga orang doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Maka dengan dua pendedahan ini, ia jelas sekali bertujuan tidak baik dan sengaja ingin mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berlangsung. Ini jelas satu pengkhianatan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak terbabit terhadap Saiful dalam kes liwat yang sedang dihadapinya"
tentang kata Cucumatkilau.

Justeru itu beliau yang sebelum ini pernah disiasat polis berhubung dengan artikel panas yang dikeluarkan oleh Pahang Daily Online"penyakit misteri" Saiful berhharap pihak polis dapat melakukan satu siasatan yang telus dan adil terhadap kes ini. Malah katanya, tindakan Saiful dan peguamnya berdiam diri dengan laporan perubatan yang didedahkan itu amatlah tidak sepatutnya berlaku. Tambahan pula ia menyebabkan rakyat tertanya-tanya dan bertambah keliru dengan kes yang cukup sensasi ini.


[Kepada mereka yang ingin memberi sokongan terhadap laporan polis ini, bolehlah pergi ke IPD Kuantan untuk bersama beliau hari ini. Kami juga difahamkan, selepas laporan polis dibuat beliau akan membuat satu sidang media khas tentang perkara ini. Secara dasarnya, tindakan yang dibuat ini bukanlah untuk mengganggu kes yang sedang berjalan di mahkamah tetapi sebagai pembelaan terhadap Saiful Bukhari Azlan yang cuba dipermainkan oleh pihak yang berkenaan. Malah, laporan perubatan tersebut telah dinafikan oleh Saiful ketika perbicaraan beliau berlangsung baru-baru ini. Ini menunjukkan kesemua pihak yang berkenaan telah melakukan fitnah melampau terhadap Saiful dan beliau seharusnya menfailkan tindakan saman terhadap Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur serta semua yang terlibat membuat laporan perubatan palsu itu. Semoga dengan ini, akan terhurai sedikit kekeliruan awal tentang kes liwat yang penuh sensasi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.