Followers

Tuesday, April 27, 2010

CPO S'gor bertegas mahu siasat wartawan Malaysiakini

ketua polis pukimak nie mau membodek najib....bertegas mahu siasat wartawan Malaysiakini




Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar tetap bertegas mahu menyoalsiasat wartawan Malaysiakini berhubung apa yang didakwanya laporan tidak bertanggungjawab sewaktu pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Ahad lalu.

Beliau tetap dengan pendiriannya itu walaupun Malaysiakini telah menafikan sekeras-kerasnya ia menyiarkan laporan seperti yang didakwa tersebut.

Akhbar bahasa Inggeris The Star dalam versi cetakan dan juga online memetik kenyataan ketua polis Selangor itu sebagai berkata kenyataan akan diambil berhubung laporan yang dikatakan itu.

Ahad lalu, Bernama memetik Khalid sebagai berkata: "Saya nafikan laporan tersebut yang dilihat boleh menimbulkan perasaan takut kepada pengundi dan kita akan buat laporan polis terhadap media terbabit dan memanggil wartawan yang menulisnya".

Menurut Khalid polis ingin mengetahui pihak yang membekalkan maklumat palsu itu kepada Malaysiakini dalam sidang medianya di Hulu Selangor, Ahad lalu.

“Ketika masa yang senstif, menerbitkan berita seumpama itu yang mungkin menakutkan orang ramai daripada keluar untuk mengundi,” kata beliau yang menyifatkannya sebagai "bertanggungjawab".

Apabila dimaklumkan bahawa Malaysiakini tidak pernah menerbitkan berita seumpama itu di lamanwebnya, Khalid menolaknya.

"Anda memang menerbitkan berita itu dan kemudian dengan segera mengeluarkannya semula. Kami mempunyai salinan artikel berkenaan,” kata Khalid.

Menurut Khalid, perkara itu dibawa ke perhatiannya "oleh seorang wartawan lain yang memberitahu kami, mereka nampak laporan anda dan melaporkannya."

"Jika perlu kami akan panggil anda untuk beri penjelasan. Anda rujuk kepada apa yang telah saya cakap semalam, seperti yang dilaporkan dalam the Star," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

"Selpas menyemak dengan semua editor yang bertugas menyediakan laporan langsung mengenai pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu, saya puas hati bahawa tidak ada laporan seumpama itu yang disiarkan dalam mana-mana versi tiga versi dalam Malaysiakini. Oleh itu, tidak ada asas untuk mendakwa bahawa kami telah mengeluarkan artikel tersebut," kata Fathi.

Wartawan yang dikatakan telah memaklumkannya kepada ketua polis Selangor itu mengenai laporan yang dikatakan, mungkin tersilap, tambahnya

penyapu sial

berenti aje ler jadi ketua polis.....jadi ketua samseng jalanan UMNO lagi baik....tak melambang lansung ciri ciri polis yang bertanggung jawab kepada orang awam....macam samseng politik haramjadah...!!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.