Followers

Friday, April 9, 2010

AMENO Tak Patut!

AMENO Tak Patut!

Ooop, sabar jangan cepat melatah. Yang sokong PR jangan angkat ibu tangan dan yang sokong BN jangan pula meradang. Ini bukan kata-kata yang keluar dari mulut orangkasai. Tapi adalah bicara hati seorang pejuang kepala hatok. orangkasai diberi sedikit kelebihan dalam bab-bab macam ni. orangkasai tengok saja wajahnya orangkasai sudah dapat agak apa yang sedang berbicara dalam hatinya. Tapi kalau orangkasai tengok muka orang lain selain si kepala hatok ni, tobat orangkasai tak boleh agak apa yang ada dalam hati mereka.

"Ameno ni memang tak patut, tak guna, tak kenang budi, tak reti bahasa, tak...., tak.... Aku ni punya la pulun pagi petang, membelasah, memaki hamun, memalukan DSAI dengan bermacam-macam pendedahan, tapi AMENO ni memang bengong lagi bangang, langsung tak bagi pengiktirafan kepada aku. Dulu KuLi cuma sanggup jadi Gurkha saja, tapi aku sanggup menganjingkan diri sendiri menyalak setiap kali pilihan raya kecil, pasai apa AMENO tak nampak dan tak dengar langsung".



"Apa lagi yang aku tak buat, aku dah khianati PKR, aku dah fitnah Kak Wan dan DSAI (maaflah aku terpaksa), aku dah isi borang AMENO seumur hidup, aku dah cium tangan PakLah, aku dah kenyit-kenyit mata kat Big Mama dan DS Najib. Awat yang depa buat dek saja ni. Takkan aku nak kena masuk gear gostan, bercina buta dengan PKR pula? Weh malu lah aku, walaupun la ni aku dah cukup malu, tapi demi poket aku kira apa. (sapa kata aku nak bela rakyat, sorii la, malam sikit)"

"DS Najib, kesianlah kat aku, apa lagi yang aku nak buat. Walaupun dulu aku pernah maki hamun DS dan kawan-kawan yang lain, itu dulu. La aku dah hirup habis dah segala, nanah, tahi cirit-birit, gelema yang aku ludahkan ke muka hampa semua tu. Bukan setakat itu, semua segala najis yang hampa buat dulu dah aku sudukan ke mulut dan aku telan dah walaupun aku terpaksa"

"Lepas satu peluang, mai lagi peluang lain, tapi peluang tu hampa tak bagi juga kat aku. Semalam aku dah buat pengumuman bahawa aku dah tarik balik segala-gala apa yang aku lakukan semasa aku membela DSAI. Aku dah buat dah pengisytiharan itu di Kepala Hatok Batas, tiba-tiba DS Najib umumkan calon P094 adalah milik MIC. Hancur luluh hati aku, berderai segala harapan aku, sedih hati aku menanggung penyiksaan ini. Namun aku tetap tidak berputus asa, aku akan lipat gandakan usaha aku menggasak, mengganyang semahu-mahunya akan DSAI hingga DS Najib dan AMENO yakin dengan aku 100%"

"Pilihan raya umum ke13 nanti, aku ak.........................."

***abah, abah makan nasi. mak dah buboh dah. mak buat tomyam udang, sambal buah kuinin cicah ulam rebuih. terkejut orangkasai dari lamunan yang panjang ini. Astagfirullah.... Jom, jom abah nak habiskan sikit lagi ni, yang tak habis tu tolonglah selesaikan***

sumber : sg.kasai.blogspot

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.