Followers

Thursday, March 4, 2010

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAU LAKNATI ORANG2 YANG KHIANAT DALAM PERJUANGAN KAMI !


Katak dan musang berbulu ayam
Malam tadi, anak-anak muda Pakatan Rakyat (PR) termasuk beberapa wakil rakyatnya mengadakan forum. Ntah lagu mana, saya turut hadir.

Dari apa yang saya dapat teka, anak-anak muda itu cuba nak move forward tanpa mempedulikan apa yang kini terjadi ke atas PR. Yang saya ingat, mereka gunakan kata-kata "generasi perubahan". Saya dok rasa, depa nak move forwardlah itu.

Sambil bersyukur kerana sikap proaktif mereka untuk bergerak terus tanpa mempedulikan apa yang berlaku, saya kasihan kepada mereka.

Saya kasihan kepada mereka kerana ada celaka-celaka yang membuat kebun di atas kepala depa dan rakyat lain yang mahukan perubahan (teringat pula Surah al-Masad di mana Allah s.w.t. menyatakan "Celakalah kedua-dua tangan Abu Lahab"). Ada di antara mereka yang membuat kebun atas kepala rakyat yang mahukan perubahan itu akhirnya menjadi wakil rakyat.

Ketika rakyat yang mahukan perubahan sedang berlari deras menuju destinasi mereka, ada juga yang menabur paku di atas jalan. Bukan sahaja larian deras menuju perubahan yang cedera, malah hati rakyat yang mahukan perubahan juga banyak yang terluka (Ah, susah sungguh nak melupakan perbuatan khianat menabur paku di atas jalan perubahan sebaik sahaja selepas 8/3/08 dalam episod yang saya namakan berkendak politik dalam gelap).

sumber : penarikbeca

Puak yang buat kebun di atas kepala rakyat yang mahukan perubahan itu kini sedang bermaharajalela dengan perbuatan jahat dan khianat mereka. Ada yang lompat parti. Ada pula yang lompat prinsip dan pendirian.

Yang melompat prinsip dan pendirian lebih beruntung. Dengan tertegaknya institusi 'asabiyyah yang dijenamakan dengan kalimah-kalimah yang diciplak dari ajaran Islam seperti thiqah dan wala', para penyokong mereka akan menjadi histeria setiap kali perbuatan mereka didedahkan atau diungkit lagi.

Tak kenal lagi puak-puak yang buat kebun atas kepala rakyat yang nak perubahan? Dari PKR dipanggil katak-katak. Dari DAP pun ada seekor. Dari PAS tak ada katak. Malangnya, musang berbulu ayam berkeliaran.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.