Ada satu cerita klasik yang diceritakan oleh seorang sahabat kepada saya. Cerita berkenaan dirinya sendiri dan Tok 'Gawa Ali satu ketika dulu. Sahabat saya ini dulunya adalah seorang yang dikatakan bakar tak hangus. Beliau lepasan Sekolah Henry Gurney. Di situlah Universitinya.
Semasa di Henry Gurney beliau pernah menyerungkup Warden dengan Tong Najis. Tapi semasa saya berjumpa dan berkawan rapatnya, beliau telah berubah. Ibarat kata dari Syaitan menjadi Manusia yang amat merendah diri dan Warak. Saya panggil dia 'Abang Hashim Jin' . Rasanya rakan yang sebaya dengan saya di sekitar sini ramai yang kenal dengan Abang Hashim ini. Abang Hashim ni beberapa tahun lebih senior dari saya.
Tok 'Gawa Ali terkenal dan tersohor dengan 'Gedebe'nya pada zamannya. Boleh dikatakan orang takutkannya. Sudahlah dia tu Tok 'Gawa dan Gedebe pula. Abang Hashim ada masalahnya dengannya. Semasa itu Abang Hashim masih muda dan Tok 'Gawa Ali sudah separuh umur.
Ditakdirkan satu masa terjumpalah Abang Hashim ni dengan Tok 'Gawa Ali di atas beca sedang menyeberangi Jambatan Sultan Yahya Petra menuju ke Pasir Pekan, dan Abang Hashim dengan basikalnya. Bila ternampak Tok 'Gawa Ali, Abang Hashim terus mengejar sambil mencabar. Abang Hashim bersenjatakan Badik.
Melihat keadaan itu, Tok 'Gawa Ali terjun dari beca dan berlari ketakutan ke seberang jambatan ke Pasir Pekan. Oleh kerana Pasir Pekan adalah kampung Tok 'Gawa Ali, Abang Hashim tidak mengejarnya. Tok 'Gawa Ali ialah Ayah kepada siKatak dari Pasir mas yang masyhur itu.
Itulah ceritanya seorang yang gah dengan Gedebenya lari kepada kepada seorang budak yang baru nak bertatih di dalam dunia Gedebe.
Cerita ini saya dengar dari mulut Abang Hashim Jin sendiri. Kalau Abang Hasim bohong, maka bohonglah saya. Wallahu aklam.
Huduh, Perangai Huduh
Tak tau nak kata apa dah dengan siTembam ni. Dah lah biadap, muka tak tahu malu. Tup..tup.. mempersalahkan orang lain pula.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.