Loo Kecut Jugak Si Zul nie bila Polis nak siasat..
Dalam berita bertajuk "Polis siasat pendedahan Zulkifli Noordin," Utusan Malaysia hari ini melaporkan, polis akan siasat pendedahan mengejut yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mengenai ganjaran lumayan yang ditawarkan pihak tertentu untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ini kerana pendedahan Zulkifli itu merupakan maklumat baru kepada polis dan orang ramai, justeru, ia perlu disiasat kesahihannya.
Berikut ialah reaksi Zulkifli yang disiarkan Buletin Utama TV3 malam tadi:
Setakat yang saya lihat, dari segi undang2 pun tak ada keperluan, sebab konteks yang saya sebut tu konteks nak membayang, menggambarkan budaya fitnah yang sedang melanda. Sesuai dengan kekhuatiran Tuanku. Itu saja. Tetapi kalau Tan Sri KPN nak panggil saya untuk bincang lanjut, saya tengoklah macam mana keadaan. Apa yang dia nak tau (lihat di sini).Malas nak kata apa-apa. Buatlah tafsiran sendiri.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.