Followers

Friday, March 5, 2010

PKR Kedah yakin BN jadi dalang | CCTV YB Lim Soo Nee diajak lompat apa cerita..??

ALOR SETAR- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah yakin pemimpin yang keluar daripada parti itu didalangi oleh penasihat daripada Barisan Nasional (BN) yang ingin melihat kejatuhan PKR.

Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Ahmad Kassim berkata, serangan politik yang dilakukan oleh BN adalah satu langkah dan usaha yang cuba dilakukan untuk menarik semula keyakinan rakyat pada BN.

Menurutnya, usaha yang cuba dilakukan oleh BN itu bukanlah satu perkara baru dalam politik di negara ini namun usaha itu tidak akan dibiarkan kerana PKR turut mengambil sikap berhati-hati untuk memastikan PKR tidak akan goyah dengan agenda BN.

“Ahli yang keluar masuk parti adalah perkara biasa namun pemimpin yang keluar itu pasti didalangi oleh mana-mana parti lain, tidak kiralah UMNO mahupun BN.

“Bagi saya, sekiranya mereka mahu keluar daripada parti, mereka perlulah melepaskan kerusi yang dipegang oleh mereka, barulah dilihat ‘gentleman’ ataupun berani,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, pemimpin yang keluar ataupun berhasrat untuk keluar daripada PKR seharusnya memikirkan jasa telah dilakukan oleh parti itu untuk menaikkan nama mereka.

admin - aku teringat balik kes adun lim soo nee dulu yg mana dia ada report kat SPRM pasal org nak sogok dia suruh lompat... siap ada rakaman CCTV lagi... tapi apa jadi dengan kes tu haa....???

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.