Followers
Tuesday, March 2, 2010
MEREKA INI LAPAR DAN PR TIDAK MAMPU BERI MEREKA MAKAN?
TIGA wajah manusia yang `lapar'
Tan Tee Beng, Zahrain dan Fairus
Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat di Pulau Mutiara agaknya?. Seorang demi seorang pemimpin PKR meninggalkan parti itu. Bermula dengan Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Lepas kemudian Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 dan ADUN Penanti, Fairus Khairuddin. Terkini, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng pula berbuat demikian. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hasim pula kemudiannya mendakwa lebih sepuluh wakil rakyat termasuk pemimpin mungkin akan keluar dari parti itu.
Sesuatu yang agak memusykilkan kita ialah kesemua mereka yang berbuat demikian adalah dari negeri Pulau Pinang, yang sudah begitu sinonim dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri. Soalnya sekarang, apakah tindakan berkenaan sebagai langkah untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar telah hilang "taringnya".
Lantaran itulah pemimpin terbabit bertindak meninggalkan PKR secara berturut-turut sekarang ini. Alasan yang diberikan oleh Zahrain dan Tan Tee Beng ialah mereka hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kononnya Guan Eng gagal membela nasib kaum Melayu di pulau itu. Kenyataan itu dinafikan oleh Anwar, malahan Guan Eng sendiri kemudian mendedahkan beberapa perkara yang menyebabkan pemimpin terbabit nekad meninggalkan PKR. Semua ini sebenarnya boleh membuatkan Pakatan Rakyat hilang serinya. Tindakan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, jelas sekali satu perbuatan khianat yang tidak wajar untuk dimaafkan oleh seluruh rakyat Malaysia sebenarnya.
Wajarkah tindakan keluar parti dilakukan sekarang ini dikatakan tanpa desakan dan tawaran oleh "petualang" terbabit?. Zahrain dan Tan Tee Beng, selaku wakil rakyat yang masih memegang jawatan itu mengatakan mereka keluar parti secara sukarela tanpa ada apa-apa tawaran daripada UMNO Barisan Nasional. Namun, bolehkah kita mempercayai kata-kata "melaun" ini?. Keluar parti dan tidak dapat apa-apa adalah sesuatu yang amat melucukan.
Tambahan pula jika parti itu berada dalam Pakatan Rakyat. Jika parti itu berada dalam Barisan Nasional, mungkin juga tawaran tidak berlaku. Ini kerana, seseorang yang keluar dari "lubuk duit" dan kembali kepada rakyat sudah tentu tidak akan mendapat apa-apa habuan. Namun, sebaliknya jika seseorang yang datang dari rakyat tiba-tiba bersekongkol untuk menjadi wakil rakyat bebas "walhal menyokong BN seperti tiga ADUN di Perak dulu", boleh mengatakan mereka tidak menerima apa-apa habuan?.
Zahrain dan Tan boleh menipu diri sendiri, tetapi mereka belum tentu boleh menipu rakyat sebenarnya. Rakyat lebih bijak menilai apa yang berlaku. Kita tidak hairan, jika Fairus berbuat demikian kerana beliau sudah tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi dalam PKR. Maka, itu adalah keputusan peribadinya kerana memikirkan tiada langsung masa depan akibat projek yang dihalang oleh pentadbiran kerajaan negeri. Malah fairus dilihat lebih bijak kerana bertindak menyertai UMNO secara rasmi. Ini bermakna beliau berani untuk membuat tindakan tersebut.
Namun bagi Zahrain dan Tan, keluarnya mereka berdua seolan-olah merupakan satu pembersihan dalam Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. Mereka pergi membawa diri sendiri dan bukannya rakyat. Oleh itu, tunggulah kemarahan rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Apakah mereka berdua ini akan terpilih sebagai calon bebas atau BN?. Rakyat yang akan menjadi hakim untuk memastikan riwayat politik "petualang rakyat" ini terkubur akibat kesilapan mereka. Apakah mata mereka sudah dibutakan agaknya dari melihat kebenaran?.
Seluruh dunia tahu bahawa Pakatan Rakyat kini semakin sebati di hati rakyat. UMNO Barisan Nasional hanya layak digelar "Juara Rakyat" tetapi hakikatnya, mereka hanya "syok sendiri". Laungan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" oleh Perdana Menteri, Najib Razak jelas dilihat gagal untuk menutup kepincangan, kezaliman dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran beliau mutakhir ini.
Malah, isu-isu seperti kes fitnah liwat Anwar, kes Altantunya, kes kehilangan enjin pesawat pejuang ATM, komisyen kapal selam scorpene dan jet sukhoi serta banyak lagi isu-isu panas yang dikatakan melibatkan Najib Razak dilihat gagal menyakinkan rakyat. Biarpun ada kes-kes tertentu, mahkamah dijadikan alat dan perkakas untuk mereka "menghalalkan cara", namun realitinya rakyat semakin muak dan jelek melihat kelibat Najib 1Malaysia memerintah negara ini.
Dasar yang jauh menyimpang dan jelas menipu rakyat itu sebenarnya berjaya membuang hasrat rakyat untuk menyokong UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. Mereka hanya mengharapkan "Ehsan Sabah dan Sarawak" untuk memastikan kerajaan yang ada dikekalkan. Jika tidak, sudah lama BN "terkubur" dan "dikapankan". Masyarakat antarabangsa juga mula melihat kes liwat yang melibatkan Anwar juga kini jelas satu penindasan terhadap Mantan TPM itu.
Malah, saban hari sokongan terhadap Anwar semakin meningkat, bukan sahaja oleh dunia barat malah pemimpin dan ulamak dari negara Islam sendiri. Inilah yang menakutkan rejim Najib Razak sebenarnya. Maka, langkah terbaik ialah membuktikan kepada dunia bahawa sokongan terhadap Anwar semakin menurun. Bagi mengesahkan senario itu, maka wakil rakyat PKR dengan mudah diajak keluar parti kononnya kecewa dengan corak kepimpinan Anwar itu sendiri.
Wajarkan kita percaya dengan apa yang berlaku ini?. Semakin Anwar dibenci, maka semakin ramai manusia diluar sana menyokong beliau. Terbuktilah kini, kerajaan Najib terdesak untuk menimbulkan isu sebenarnya. Maka, langkah terbaik ialah menarik seberapa ramai pemimpin PKR untuk menjadi bebas "atas kertas". Padahal mereka semua itu sebenarnya sudah kembali berkiblatkan parti karat "UMNO BN" dulu, kini dan selamanya.
[Rakyat di seluruh negara diminta bersabar melihat apa yang berlaku ini. Mereka yang keluar itu membawa diri masing-masing sebenarnya. Lainlah jika pemimpin terbabit membawa bersama mereka beribu-ribu ahli dan penyokong Pakatan Rakyat itu sendiri. Inilah dia taktik kotor yang dimainkan oleh pemimpin yang sudah terdesak bagi meraih sokongan dan simpati rakyat. Apapun, rakyat perlu ingat bahawa keluarnya ketiga-tiga pemimpin itu dan yang lainnya adalah sikap individu itu sendiri.
Sedangkan, dalam pilihanraya bukan mereka yang akan membuat keputusan untuk menjadi wakil rakyat, rakyat yang akan memangkah di kertas undi. Oleh itu, keluarnya "mangkuk hayun" terbabit sedikit pun tidak menjejaskan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Samalah dengan kemasukan Ezam Md Noor ke dalam UMNO yang kononnya akan menyebabkan PKR hilang sokongan rakyat. Namun, apa yang terjadi dalam piliharaya umum ke-12 yang lalu. Jangankan Ezam yang langsung tidak terpilih sebagai calon sebelum itu, malah UMNO BN juga hampir tumbang dibuat dek gelombang tsunami suara rakyat. Inilah yang kita mahukan sebenarnya daripada mempertahankan beberapa kerat pemimpin yang kemaruk untuk mengumpul harta dan khianat kepada perjuangan itu].
Sumber: Pahang Daily
Posted by WFAUZDIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.