Followers

Thursday, March 4, 2010

Lompat Parti Kerana Islam, Kenapa Hanya Pemimpin PKR Dan Bukan Pemimpin PAS ?

Ramai pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari parti PAS terkejut dengan insiden lompat parti yang semakin menjadi-jadi dalam PKR sekarang ini.

Insiden yang dilihat boleh menggugat keyakinan rakyat pakatan itu haruslah dibendung dengan segera. Jika tidak peluang Pakatan Rakyat untuk mengambilalih tampuk kepimpinan negara akan terlepas.


Soalnya sekarang, apakah benar motif kesemua yang melompat itu kecewa dengan tindak-tanduk pemimpin PKR mutakhir ini?. Malah jika dilihat kepada tindakan beberapa orang pemimpin Islam yang terlibat, mereka secara jelas mengatakan bahawa hilang keyakinan terhadap PKR kerana dikatakan menghina Islam itu sendiri, terutamanya dalam isu khalimah Allah.

Masalahnya di sini, jika diperkatakan soal Islam seharusnya pemimpin PAS yang keluar parti atau mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Kenapa ini tidak berlaku, sedangkan PAS adalah parti yang berjuang untuk Islam itu sendiri sebenarnya. Kenapa harus pemimpin PKR yang bertindak demikian. Mungkin benar telahan ramai pihak yang mengatakan semua ini adalah dirancang oleh UMNO Barisan Nasional bagi memalukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambahan pula Anwar sekarang sedang menghadapi kes fitnah liwat II yang masih tiada kesudahannya. Apakah benar pemimpin yang melompat itu ikhlas, atau memang dibeli dan mendapat habuan lumayan sebenarnya. Hanya rakyat yang dapat menilai dan memberi pengajaran kepada semua mereka yang terlibat. Ikuti pandangan peribadi salah seorang pemimpin iaitu Yang Dipertua PAS kawasan Kuantan, Ustaz Rosli Jabar tentang perkara ini.

sumber : pahang daily online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.