Adun Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo berkata amalan pendaftaran sedia-ada telah lapuk dan boleh digantikan dengan sistem baru berasaskan MyKad.
Beliau mencadangkan pengundi hanya telah layak hanya perlu tampil ke pusat pembuangan undi bersama MyKad yang mempunyai butiran peribadi yang terperinci.
"Ini akan membantu menjimatkan masa dan kos buat Suruhanjaya Pilihanraya, sekaligus membantu melicinkan proses pilihanraya," katanya.
Jagdeep juga menyeru Kerajaan Pusat menggubal undang-undang menetapkan bahawa mengundi adalah wajib kerana setakat ini bagi umur 21 tahun dan keatas, hanya 11.08 juta orang sahaja yang berdaftar sebagai pengundi dari 15.47 juta rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.