Followers

Monday, March 1, 2010

Anwar Mohon Mahkamah Batal Notis Rayuan - tvselangor

PUTRAJAYA 1 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan permohonan rayuan terhadap pembatalan notis rayuan berhubung kes saman fitnah terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Permohonan itu dijangka dibuat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Ketua Pembangkang itu pada jam 9 pagi di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Mahkamah Rayuan pada 2 November lalu menolak rayuan Anwar dalam saman fitnah RM100 juta terhadap Dr Mahathir atas alasan penggunaan bahasa Malaysia dalam prosiding mahkamah.

Rayuan itu dibuat selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 10 Oktober lalu membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatal rayuan itu dan memerintahkan Anwar membayar kos.

Pada 4 Julai 2007, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman itu dengan kos selepas membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatalkan saman itu.

Anwar memfailkan saman pada 26 Januari 2006, mendakwa kenyataan Dr Mahathir yang menggelarnya sebagai seorang homoseksual adalah fitnah, bertujuan mengaibkannya secara peribadi dan kapasitinya sebagai bekas menteri kewangan dan timbalan perdana menteri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.