Ahli Parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas. Beliau menjadi ahli Parlimen PKR ketiga keluar parti itu.
NONEMohsin (foto), 65, mengikuti jejak Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).
Semalam, blogger Raja Petra Kamaruddin berkata, Tan Tee Beng menerima RM2 juta kerana melompat keluar PKR.
RPK juga berkata 'shopping spree' oleh Umno/BN untuk membeli wakil rakyat PKR adalah dalam usaha mencukupkan 2/3 majoriti dalam parlimen bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat.
Langkah persempadanan semula itu penting kepada Umno/BN bagi menjamin kemenangan pada PRU13 nanti.
Mohsin mengumumkan demikian pada sidang akhbar yang turut dihadiri bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim di Ampang hari ini. Salehuddin turut hadir pada sidang akhbar Zahrain dan Tan ketika pengumuman keluar PKR.
Berikutan ini, Ahli Parlimen PKR kini tinggal 27 orang.
Mohsin yang pada kebanyakan waktu menetap di Kuala Lumpur memang diketahui gagal memberi tumpuan di kawasan Parlimen yang diwakilinya.
Menurut pengundi kawasan berkenaan, Mohsin memang sukar ditemui dan kurang mempedulikan permasalahan yang dihadapi pengundinya.
Posted by perakite
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.