Nizar pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Perak di Dewan Persatuan Kwantung Perak Utara di Taiping mendedahkan bahawa Yee (YB Jelapang) telah membeli sebuah rumah yang mana kelengkapanya terdiri dari perabut dan alatan elektrik mewah masih belum diperoleh.
YB Yee telah memberi isyarat kepada Zambry agar kelengkapan tersebut perlu disediakan.
Nizar menggambarkan bahawa Yee telah menguasai Zambry untuk mengadakan kelengkapan tersebut atau sebaliknya Yee akan beralih memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Zambry dilihatkan begitu lemah sehingga dapat dikuasai oleh seekor katak betina.
Seterusnya Nizar mengandaikan jika Zambry dapat dikuasai Yee seekor katak betina, bagaimana kuasa yang dipegang oleh katak-katak jantan dari Changkat Jering dan Behrang. Mereka juga tentu mempunyai tuntutan-tuntutan yang perlu dipenuhi Zambry.
Selain dari ADUN Bebas, Zambry juga menghadapi tuntutan-tuntutan dari lain-lain ADUN Barisan Nasional yang iri hati dengan layanan istimewa terhadap katak. Mereka juga mempunyai tuntutan-tuntutan dan semuanya memberi tekanan kepada Zambry agar dipenuhi permintaan atau berpaling menyokong PR.
Sebelum Nizar Speaker Dewan Undangan Negeri YB Sivakumar juga menggambarkan pertelingkahan antara ADUN BN dan ADUN Katak dalam memenuhi kota jawatan EXCO. yang juga meletakkan kerajaan Zambry dalam kegawatan. Zambry sehingga kini masih gagal menamakan pemilik baki kerusi EXCO kesan dari desakan ADUN BN yang juga berhajat dan syarat yang ditetapkan oleh ADUN katak sebelum melompat.
Dengan kata lain Kerajaan Zambry yang sentiasa diugut.
Read more: http://loveperak.blogspot.com/2010/02/zambry-diugut-katak-hee-yit-fong.html#ixzz0fhtTxB8r
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.