Followers

Wednesday, February 24, 2010

YAB Lim Guan Eng disiasat polis ? - malaysiakini



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah diminta menghubungi polis negeri untuk menetapkan masa dan tarikh bagi memberi kenyataan berhubung enam laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Menurut notis dari pihak polis, siasatan tersebut dijalankan berdasarkan laporan yang dibuat Sungai Nibong, Kg Baru, Kubang Semang, Seberang Jaya, Sungai Pinang dan Kepala Batas.


Menurut notis itu, empat laporan ialah mengenai dakwaan menyertai perhimpunan haram, satu lagi berkaitan Akta Hasutan 1948 dan tiga laporan mengenai dakwaan jenayah fitnah.


Peguam Jagdeep Singh Deo yang mewakili Lim, menyifatkan siasatan tersebut sebagai satu bentuk gangguan.


"Polis telah menyenaraikan enam kes untuk disiasat. Ini jelas menunjukkan niat untuk mengganggu ketua menteri, tetapi beliau akan memberi kerjasama kepada polis," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.


Laporan-laporan tersebut dibuat tahun lalu walaupun tiada tarikh khusus disebut. Tidak banyak yang diketahui mengenai dakwaan kesalahan yang dilakukan atau mengenai pengadu.


"Jika ketua menteri hendak mempertahankan dirinya, beliau mesti tahu apakah tuduhan terhadapnya," kata peguam tersebut

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.