Isu Negeri: AMK Pahang Kecewa Dengan Tindakan Puak UMNO Mahu Anjurkan Konvensyen Parti Itu Di UiTM Kampus Jengka Pada 19 Februari 2010 Ini
KUANTAN, 16 Feb [12.32 am] - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang kecewa dengan tindakan UMNO yang bakal mengadakan konvensyen peringkat negeri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Jengka pada 19 Februari ini. Timbalan Ketuanya, Kamarul Hatta (foto) berkata tindakan UMNO Pahang yang akan mengadakan program parti di institusi pengajian tinggi adalah amat dikesali kerana ia bertentangan dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini.
"Mereka cuba menghalang mahasiwa untuk berpolitik, tetapi sebaliknya dalam masa yang sama mereka membawa unsur-unsur politik ke dalam kampus", katanya. Malahan kami juga difahamkan, para mahahsiwa UiTM Jengka diarahkan mengosongkan kampus pada tarikh tersebut bagi memberi kemudahan kepada lebih 2,000 ahli UMNO berkampung di situ. Adalah difahamkan perasmian konvensyen UMNO Pahang itu bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sendiri. "Sepatutnya program parti tidak wajar diadakan di mana-mana kampus IPT di negara kita. Jika UMNO dibolehkan, maka kenapa pula parti lain tidak dibenarkan?. Inilah satu sikap double standard yang diamalkan sebenarnya", tambah Hatta lagi.
[Kami tidak mahu membuat komentar terhadap perkara ini, kerana bagi kami UiTM itu sendiri adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang diilhamkan oleh pemimpin Melayu UMNO itu sendiri. Maka sudah semestinya mereka mempunyai hak sewenang-wenang untuk mengadakan sebarang program dalam mana-mana kampus IPT itu di seluruh negara. Tindakn tersebut memanglah tidak wajar, namun apalah yang mahu kita perkatakan kepada orang yang mempunyai kuasa untuk melakukan segalanya. Mahu atau tidak maka kita terpaksa menerima semua itu dengan hati dan perasaan yang tercabar. Senario ini pasti akan berterusan selagi kerajaan pusat itu sendiri masih ditadbir oleh UMNO dan BN sebenarnya].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.