Followers

Friday, February 26, 2010

OTAK RAIS = OTAK NALLA , DUA-DUANYA BANGKRAP


Oleh: WFAUZDIN NS

RAIS anak Yatim adalah MP dari Jelebu yang kini memegang jawatan menteri yang menjaga TV dan Radio serta multimedia. Sebelum Pilihanraya Umum yang lalu, kita masih ingat Rais pernah memohon simpati Pak Lah, PM ketika itu untuk diberi peluang terakhir sebagai calon Parlimen di Jelebu. Sebenarnya kerjaya politik Rais boleh bertahan kerana simpati semata-mata bukan kerana ketokohan beliau. Bahkan, Ketua Umno Bahagian Jelebu yang disandangnya sekarang, dahulunya adalah `simpati' dari YB Yunus Rahmat yang menyerahkan kerusi tersebut kepada beliau sebaik sahaja Rais `melompat' dari Parti Melayu Semangat 46 kepada Umno semula.

Rais pernah `membakar jambatan' dengan Umno sewaktu di dalam Parti Melayu Semangat 46, tetapi akhirnya Rais sendiri yang membakar maruah dirinya dengan melutut bahkan merayu untuk hidup mencari makan di dalam Umno. Kita merasa hairan, tidakkah Rais merasa malu apabila menyatakan DS Anwar tidak layak menjadi Ketua Pembangkang? Tidakkah beliau menyuluh dirinya sendiri yang hidup hanya bergantung di bawah bulu ketiak PM? Dahulu beliau bergantung dengan Pak Lah, sekarang nampaknya ke hulu ke hilir menjaja 1 Malaysia, membodek dan mengampu Najib pula. Percayakah anda Rais tidak akan bertanding lagi di dalam Pilihanraya akan datang? Terlalu jauh bezanya ketokohan Rais jika hendak dibandingkan dengan DS Anwar. Usahkan DS Anwar, dengan budak-budak DS Anwar seperti Zahid Hamidi pun Rais tewas. Bertanding Naib Presiden Umno pun tewas. Jika masalah bas dan pengangkutan awam di Jelebu pun Rais gagal hendak atasi, usahlah Rais cuba hendak menilai ketokohan DS Anwar. Baiki dulu jalan-jalan di Jelebu itu terlebih dahulu agar tidak mengakibatkan pengguna jalan raya muntah dan pening melaluinya.

Seorang lagi yang bersamaan otak dengan Rais ini ialah Nalla. Dahulunya beliau pernah dilibatkan dengan fitnah liwat 1 DS Anwar kerana beliau adalah rakan karib DS Anwar. Beliau pernah berada di dalam parti KeADILan selepas DS Anwar dibebaskan dari penjara. Kemudian beliau keluar dari parti setelah beliau tidak dicalonkan di dalam satu Pilihanraya Kecil. Nalla ini pernah berada di samping Ezam raja sesumpah untuk memburuk-burukkan DS Anwar. Mereka berganding bahu sewaktu berkempen di Parmatang Pauh tatkala DS Anwar bertanding di situ , tetapi apa kesannya? Umno lingkup dan terkangkang di sana. Berbagai-bagai dakwaan telah dilakukan oleh kedua-dua mereka ini terhadap DS Anwar, tetapi sehingga sekarang satu pun belum terbukti.

Baru-baru ini Nalla benar-benar kehabisan modal untuk mengampu Najib. Maka, tiada jalan lain otak Nalla berfungsi seperti budak sekolah yang bergaduh. Sasaran beliau adalah DS Wan Azizah pula. Apa tuduhan beliau terhadap DS Wan Azizah? Rasuah ? penyelewengan ? Moral ? Bukan itu tuduhannya, sebaliknya beliau hanya mahu mengiktiraf DS Wan Azizah sebagai `Pelakon Terbaik'. Kununnya DS Wan Azizah `berlakon' untuk mempertahankan suaminya yang difitnah di dalam kes liwat 2. Beliau merasa pelik mengapa DS Wan Azizah sanggup mempertahankan suaminya di dalam kesalahan moral. Bila pula suami DS Anwar disabitkan dengan kesalahan moral? Nalla seolah-olah lebih tahu apa keputusan Hakim di dalam kes liwat ini nanti. Begitukah cara orang berpolitik? Apakah Nalla ingat semua orang sama sepertinya yang mudah dijadikan `pelacur politik'? Bukan mudah untuk mencari seorang Hindu yang sanggup menjual maruah diri seperti Nalla. Mungkin sinonim Nalla dengan `lidah biawak' yang sentiasa terjelir mencari telor busuk.

Dunia semakin kagum dengan ketokohan DS Anwar sehinggakan memaksa kerajaan menghantar budak-budak hingusan untuk mengajar diplomat dan Ahli-Ahli Parlimen negara luar tentang kes DS Anwar. Sepatutnya Najib malu apabila negara ini menjadi bahan ketawa dunia luar. Maka, berkumpullah puak-puak NGO dan Pemuda Umno berdemontrasi dan menghantar memo membantah kenyataan MPs negara-negara berkenaan. Mengapa mereka tidak berani menghantar memo kepada Syeikh Yusof Qhardawi, Syeikh Jabir Alwani dan ramai lagi Ulamak tersohor termasuk kerajaan Turki yang terang-terang menentang kezaliman yang dilakukan ke atas DS Anwar?

Inilah berkatnya orang yang jujur dan amanah, yang sanggup berkorban dan berani menentang kezaliman. Sebanyak mana pun DS Anwar dihina, maka bertambah naik darjat beliau. Tidak seperti orang yang zalim, hina dan kaki fitnah itu. Semakin lama kita lihat orang itu semakin hina sehinggakan tidak lagi berani berdepan dengan masyarakat. Setiap saat, dia dilaknat oleh manusia merata dunia termasuk makhluk dilangit./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.