Semua penduduk Kampung Baru perlu bersetuju dengan pembangunan semula kawasan itu bagi membolehkan kerajaan melaksanakan cadangan itu secepat mungkin.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, bagi melaksanakan sesuatu projek pembangunan secara komprehensif di sesuatu tempat, kerajaan perlu mendapatkan persetujuan semua penduduk kawasan berkenaan.
“Tapi kalau ada yang masih menahan, kita terpaksa cari kaedah undang-undang dan sebagainya,” kata beliau dipetik Bernama.
Beliau berkata kerajaan mungkin mengkaji satu undang-undang mengikut majoriti, iaitu jika 80 peratus penduduk di sesuatu kawasan bersetuju dengan projek pembangunan, maka 20 peratus lagi terpaksa menurut atau akur dengan keputusan membangunkan kawasan itu.
“Kita sedang kaji undang-undang itu bukan hanya untuk pembangunan di Kampung Baru, malah di kawasan lain yang juga tertahan pembangunannya,” kata beliau dalam rancangan bual bicara Soal Jawab yang disiarkan TV3 malam tadi.
Raja Nong Chik berkata jika cadangan pembangunan semula Kampung Baru itu terlaksana, pemindahan sementara sebahagian penduduknya mungkin akan dilakukan.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berjanji penduduk Kampung Baru tidak akan dipindahkan dan kebajikan mereka akan terpelihara. Bagaimanapun, mereka mungkin terpaksa dipindahkan buat sementara waktu bagi membolehkan kerja pembangunan Kampung Baru dijalankan dan kajian berhubung perkara itu sedang dilakukan, katanya.- m.insider
Tanah pusaka dibangun atas nama pembangunan..didirikan Apartment dan bangunan tinggi untuk kemajuan...bila di majukan sungguh bangga rakyat malaysia ,tetapi berapa kerat orang melayu yang mampu beli balik nilai hartanah ini... habis di bolot oleh orang asing dan akhirnya orang melayu mengigit jari bungkus barang pindah ke kampung .....
Tuan tanah syok seketika bila duit pampasan habis dan tanah pusaka pun habis tergadai kepada orang asing ,merempatlah orang melayu dinegeri sendiri macam mana melayu Penang yang lari pindah ke Tanah Besar suatu masa dulu....ini lah nasib orang melayu. sia sia usaha Tun Razak bangunkan Kampung Bahru......akhirnya tewas kepada akta pembangunan....syabas Satu Malaysia.......
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.