Followers

Friday, January 1, 2010

Sah, Datuk Arshad Dihukum Najib Kerana Enggan Jilat Zionis

Sah, Datuk Arshad Dihukum Najib Kerana Enggan Jilat Zionis

Akhirnya Kerajaan Malaysia yang pro-Amerika ini menemui jalan terbaik bagaimana hendak menghukum pegawai Kementerian Luar yang enggan menyokong penjajah Amerika. Hari ini, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan bahawa Duta Malaysia ke Austria, Datuk Arshad Hussain tidak akan menyambung tugasnya sebagai wakil tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna.


Kesilapan besar Datuk Arshad ialah kegagalan duta tersebut mematuhi arahan Kerajaan Malaysia supaya menyokong usul yang dibawa ke Lembaga Governor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 27hb November 2009 bagi mengutuk program tenaga nuklear Iran. Sebaliknya Datuk Arshad bersama perwakilan Venuezela dan Cuba menentang usul yang dibawa Amerika itu.


Kepada Datuk Arshad, tahniah kerana keberanian anda menolak keangkuhan Amerika serta regim zionis Israel dan enggan tunduk kepada dasar pengecut negara yang dipimpin Najib. Kepada Datuk Anifah dan Datuk Seri Najib, cubalah belajar-belajar dari Datuk Arshad bagaimana untuk jadi jantan dan bukan pak turut kepada regim imperialis Amerika dan zionis Israel!


~ pendikar gunung kriang

Ulasan: Merdekakah tanah air kita?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.