Oleh : albanjari
Sejak Konvensyen Bloggers PAS diadakan bulan lalu, beberapa pendekatan pro-aktif rasanya telah diambil berdasarkan kepada pembentangan2 jitu oleh panel jemputan. Malah dapat dilihat ramai dari bloggers-bloggers PAS ini yang hadir di konvensyen itu sudah mula menunjukkan taring-taring bisa melalui medium blog melontarkan pendapat berkaitan isu-isu tertentu. Kelihatan juga blog-blog baru yang tumbuh atas nama perjuangan. Petanda yang baik untuk Pakatan Rakyat dan mimpi buruk buat BN/Umno khususnya.
Sedikit sedih bila portal rasmi Kelab Bloggers PAS yang dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat lesu. Lihat sahaja jumlah berita dan kandungan portal itu di sini. Hanya 2 posting dalam tempoh sebulan. Apa ke jadahnyerr..! Malah kelesuan bahan tulisan serta berita langsung tidak kelihatan, itu portal berita Kelab Bloggers PAS ker atau portal kawasan tanah perkuburan belakang masjid ? Lesu, longlai dan kelam ! Tanah kubur lagi meriah rasanya dengan aktiviti dibandingkan dengan portal hebat lagi mewah itu.
Tak ada orang yang nak update ker ? Atau sekadar gimik ? Secara teknikelnya, portal itu saya rasa fungsinya memang cukup besar buat semua bloggers PAS membuat rujukan terhadap apa2 isu yang melibatkan awam, parti mahupun pimpinan. Malah kehadiran portal rasmi Kelab ini sangat kita tunggu dengan bahan berita yang baru dan segar, sebagai rujukan kami bloggers-bloggers. Gerak la sikit bro ! arrrr...ker dok tidor ?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.