Followers

Tuesday, January 26, 2010

Polis Harus Bertindak Profesional

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar Ibrahim mengecam tindakan polis yang bertindak secara tidak profesional apabila menghentikan ceramah yang disampaikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Beliau berkata, perkara tersebut seharusnya tidak terjadi tambahan pula jam belum lagi menunjukkan 12.00 malam.
“Dia tidak memberi permit kepada kami dan kita pun memang sudah memohonnya.

Apa pun ini tidak membenarkan dan memberi dia sebab untuk datang ke atas pentas dan jam pun belum pukul 12 tengah malam lagi, dengan cara yang begitu kasar di depan khalayak ramai,” katanya.
Beliau berkata tindakan polis yang tidak profesional itu memberi gambaran kepada peningkatan jenayah kerana mereka banyak tertumpu kepada perhimpunan Pakatan Rakyat.

“Saya rasa kalau kita tengok polis yang betul-betul profesional dalam negara kita memang jauh bezanya dan kerana itulah kita melihat peningkatan jenayah meningkat kerana banyak sangat fokus dan tumpuan kepada pihak pembangkang daripada penjenayah sebenarnya di luar sana perogol, penjenayah dan sebagainya,” katanya.


Dalam pada itu, Setiusaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata tindakan polis menghentikan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi memalukan negara.
“Saya rasa memalukan negara kerana negara kita Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan berhimpun dan kebebasan bersuara. Sekiranya Datuk Anwar Seri Ibrahim ada mengeluarkan kata-kata yang melanggar undang-undang, polis boleh mengambil tindakan, tetapi melarang pemimpin berjumpa dengan rakyat sewaktu ceramah, ini adalah taktik kotor,” katanya.

Beliau berkata tindakan terdesak polis malam tadi juga mencerminkan Umno/BN semakin resah apabila ceramah itu turut membincangkan perkara sebenar yang terjadi di dalam negara.
“Yang memang menunjukkan Umno/BN semakin hari semakin risau, mereka takut rakyat mengetahui perkara sebenar, pepatah Melayu ada menyebut, takut kerana salah dan berani kerana benar. Sekiranya benar, mengapa takut memberi pemimpin PR ceramah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.