Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak peletakan jawatan Datuk Salehuddin Hashim sebagai setiausaha parti itu. Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin berkata parti akan membincangkan perkara itu pada perjumpaan Sabtu ini. “Terserah kepada presiden parti untuk menentukannya tapi buat sementara pemangkunya akan menjalankan tugas setiausaha parti,” katanya.
Semalam Salehuddin menyerahkan surat peletakan jawatan kerana ingin memberi tumpuan kepada bidang perundingan pengurusan minyak dan gas di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, beliau kekal menjadi ahli biasa PKR. Salehuddin mengambil alih jawatan berkenaan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada Mac 2008. - Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.