KERAJAAN CADANG WUJUD KATEGORI SEKOLAH CERMERLANG –mStar
Kementerian Pelajaran bercadang untuk mewujudkan kategori sekolah cemerlang bagi memudahkan sekolah berkenaan mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan cepat, kata Muhyiddin Yassin.
"Saya sedang memikirkan mungkin kita akan wujudkan kategori yang bukan SBT tetapi cemerlang. Kita ada ranking kesemua 10,000 sekolah, baik di Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan tahu daripada jumlah itu di tahap mana prestasi sekolah-sekolah itu," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekolah-sekolah ini akan dibimbing dan dibantu bagi mencapai kriteria yang diperlukan untuk menjadi SBT.
SBT DIHARAP WUJUDKAN PERSAINGAN SIHAT -mStar
KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan mewujudkan persaingan sihat di kalangan sekolah dalam usaha meraih status itu.
Presiden PIBGN, Prof Madya Dr Mohamad Ali Hassan berkata, SBT menjadi penanda aras dan sekolah contoh kepada yang lain dan usaha untuk tersenarai sebagai SBT mungkin menimbulkan tekanan kepada seluruh warga sekolah terbabit.
"Sehubungan itu, sebagai warga SBT yang menjadi "role model" kepada sekolah-sekolah setempat, sepatutnya menjadi "mentor" yang berkesan kepada sekolah-sekolah lain terutama di kawasan setempat supaya dapat mengikut jejak mereka (SBT)," katanya.
LAGI SEKOLAH TERBENGKALI - melayau
Masalah projek sekolah ‘sakit’ atau terbengkalai di negara ini bukanlah satu isu baru. Ia masih berlaku dari semasa ke semasa walaupun pelbagai langkah sudah diambil bagi memastikan perkara itu tidak berulang.
Sama seperti isu rumah terbengkalai, projek sekolah terbengkalai juga memberikan kesan langsung kepada masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
KAH KAH KAH.. kah kah kah… SBT INI APA ?... BUNYI MACAM NAK SEBAT AJE ?... kah kah kah..
woit…. BETULKAN SEKOLAH YANG TERBENGKALAI INI DULU…kah kah kah.. woit... NAK TARAF DUNIA KEPALA BANA APA... YANG TAK SIAP SIAP INI APA HAL..kah kah kah
woit… INI PROJEK SEBAT DUIT RAKYAT…. kah kah kah.. woit… MACAM MANA PROJEK TAK SIAP… kah kah kah…
woit… SIAPA KONTREKTOR… MACAM MANA TENDER KELUAR…kah kah kah… nota:
apa jadi dengan sekolah bistari tak kan semua sudah habis lari kah kah kah
apa jadi dengan sekolah kluster tak kan semua sudah kena gam plaster kah kah kah..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.