Followers

Friday, January 29, 2010

Kedah catat pelaburan ke-5 tertinggi

Negeri Kedah telah berjaya mencapai pelaburan keseluruhan bagi tempoh Januari hingga September 2009 sebanyak RM839 juta.

Manakala pelaburan tempatan pula berjumlah RM279.4 juta serta pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM559.8 juta.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi Bioteknologi dan Pembangunan Usahawan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, sehingga tempoh tersebut juga Kedah berada pada tangga kelima bagi jumlah pelaburan terbanyak dalam negara ini.

"Walaupun jumlah pelaburan bagi tiga bulan terakhir belum dikemaskini oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, namun begitu statistik ini sudah dapat membuktikan bahawa dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa ekonomi Kedah tidak memberangsangkan di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang ada sekarang adalah tidak benar sama sekali.

"Malahan pada bulan Disember 2009, terdapat penambahan pelaburan sebanyak RM1 bilion bagi pembesaran kilang panel solar di Taman Teknologi Tinggi Kulim yang memberi peluang pekerjaan kepada lebih daripada seribu orang.

"Kerajaan negeri juga sedang merangka program ekonomi yang berasaskan pertanian sebagai persediaan untuk menjadikan Kedah sebagai negeri pertanian utama," katanya lagi.


Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Anak Bukit berkata bagi tahun 2010, Kerajaan Negeri mensasarkan untuk menambahkan pelaburan dalam bidang pembuatan, industri minyak dan juga automotif

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.