Harga timah di Pasaran Timah Kuala Lumpur (KLTM) dijangka mencecah USD17,000 setiap satu tan minggu depan didorong oleh permintaan yang tinggi. Agensi berita Bernama melaporkan, memetik sumber pasaran timah, pembeli-pembeli dari Jepun dan Eropah menunggu masa untuk membeli timah pada harga rendah pada kadar yang tinggi, bagi menjana sektor industri di negara masing-masing.
Dinamik permintaan dan pembekalan di pasaran timah dunia dan aliran komoditi ini di Bursa Logam London (LME) akan mempengaruhi harga tin tempatan.
Dalam minggu ini, KLTM didagangkan tinggi dengan harga timah mencecah harga diparas tertinggi pada Isnin lepas sejak 14 bulan lalu.
sumber: tvselangor
Khamis lalu, harga timah melonjak USD930 kepada USD16,800 satu tan dari USD15,870.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.